SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 8 Jun 2009

Jangan Letakkan Kebencian Kepada UMNO - Dewan Pemuda PAS

Mungkin juga Dewan Pemuda PAS sedar sepenuhnya bahawa perasaan benci yang ujud dari setiap hati nurani kita adalah satu sifat yang jelik dari sudut pandangan islam. Syukurlah tu. Dewan Pemuda PAS berpandangan perasaan benci yang ada dihati setiap ahlinya sangat tidak membantu kearah usaha dakwah yang rancak mereka jalankan dewasa ini, terutama kepada penganut islam yang hanya pada nama sahaja.



Memang ramai kalangan kita yang menganut agama islam ini, telah terjerumus kelembah yang sangat hina. Juara dalam segala kesyaitanan seperti lapang perjudian, lapang bapak ayam pelacuran, budaya bebas seks, menunjukkan kehebatan dalam minum arak. Ini, penganut islam ramai yang menjuarainya. Jangan nak dinafikan kerana Pak Cik tahu. Pak Cik telah mencapai usia 52 tahun dan sangat tahu akan hal suasana kemengada-adaan makluk islam yang kononnya memperjuangkan islam dipersada tanah air Malaysia ini.



Terdapat umat islam Malaysia kini, ibunya pun di zinanya, anaknya dirogolnya, iparnya disetubuhinya, 4 nombor ekor adalah permainannya, Chivas adalah minumannya dan sebagainya. Pagi dan petang bergelombang dengan dosa dengan permainan yang langsung tidak membina malah boleh merobohkan bangsa dan agamanya.



Kadang aku bertanya, kemana perginya PAS, ABIM, PERKIM, UMNO dan segala macam Ngos islam dan parti politik yang memperjuangkan sinar islam di Malaysia ini. Yang pasti mereka sering bercakaran antara satu dengan yang lain.



Sepatutnya apakah yang perlu dilakukan oleh gulungan bijakpandai melayu? Yang merupakan lepasan dari Universiti Al Azhar di Mesir itu? Atau lepasan fakulti islam di UKM atau di UM atau USM atau UUM atau dimana-mana. Yang kini bukannya sedikit jumlahnya. Saya kira adalah satu kesilapan jika sekiranya hasil ilmu yang ditimba dijuruskan hanya untuk menghentam parti UMNO yang selama ini memberikan ilmu dan rezeki kepada kita orang islam di Malaysia. Andalah selaku anak-anak islam yang memiliki segala ilmu pengetahuan mengenai islam, yang seharusnya meneruskan perjuangan penegakkan syiar islam di Malaysia daripada bapak-bapak dan pemimpin kita. Tidak manis layaknya, sehabis pengajian, tidak ada satupun sumbangan anda melainkan mengutuk kerajaan UMNO/BN yang sebenarnya selama ini telah membela nasib anda dan membela kesyumuran agama islam anda.

Tidak adakah pendekatan lain yang lebih bermaruah dan berkesan daripada hanya membuang masa anda semua dengan mengutuk dan melahirkan generasi yang membenci UMNO? Apakah sebenarnya dosa UMNO yang sampai begitu sekali kebencian meluap-luap dikalangan generasi muda? Sama-samalah kita berfikir, apakah kita tersilap tindakan dan langkah? Sudah bijaksanakah kita dalam membuat keputusan yang matang hingga begitu berani membenci sebuah parti yang selama ini menjaga kehidupan bangsa dan rakyat yang menganuti agama islam?

Apakah perlu lagi kita melalui peristiwa pahit seperti yang telah dilalui oleh datuk nenek kita? Apa perlu 13hb Mei 1969 lagi sekali? Apa perlu seperti kejahatan komunis ujud sekali lagi? Dimana pembunuhan kejam berlaku disetiap ceruk rantau negara ini? Sebenarnya separuh daripada rakyat kita semasa ini tidak pernah melalui zaman pahit getir seperti yang datuk nenek kita lalui. Mungkin kerana itu kita tidak faham dan menyelami rasa kesengsaraan suatu kehidupan. Mungkin kerana itu segala keputusan yang ramai daripada kita buat, tidak bersandarkan sejarah kedukaan masa lalu. Kita hidup dalam selesa dan semua ada. Dan kita merasakan ianya tidak akan hilang sampai bila-bila. Semua anggapan dan tanggapan kita ini adalah sebenarnya silap dan salah belaka. Jika kita menganggap keselesaan dalam negara ini datang sendiri tanpa usaha pemimpin dan rakyat sebelaum kita, itu adalah satu anggapan dan tanggapan yang sangat salah dan silap. Kerajaan BN, terutamanya UMNO bergerak dan berusaha keras untuk mengujudkan keamanan dan keselesaan yang ada sekarang ini. Sejak lahir kita terjaga dengan rapi oleh kedua ibu bapak kita. Minum dan makan yang mencukupi,serta tempat tinggal yang nyaman itu adalah sebenarnya hasil usaha pemerintah BN/UMNO. Semenjak kecil kesihatan anda terjaga. Hospital dan klinik dibina untuk menjaga kesihatan anda.
Sehingga besar dididik dan diasuh sehingga menjadi warga yang berilmu pengetahuan tinggi-tinggi. Apakah adil setelah memiliki kerjaya...tiba-tiba anda mengentam dan membenci sebuah parti yang selama ini sangat berjasa kepada bangsa dan agama anda itu?

Wahai generasi melayu islam muda,
Sedarlah dengan menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Tidak cukup hanya sekadar sijil kemahasiswaan itu.
Jika tidak dengan pengisian ilmu sebenar.
Ramai bergelar mahasiswa..tetapi pakar dan bijaksana dalam perompakan bank dan harta negara.
Apakah itu bijak yang sebenarnya kita perlukan?
Apakah lestasi namanya?
Bergelar mahasiswa, tapi baring menghalang kenderaan raja dijalan raya?
Apakah ulamak namanya?
Hari-hari lidahnya penuh dengan mengutuk sesama bangsa dan sesama penganut agama islam yang sangat syumul itu?



Lebih buruk daripada tu anda melihat jijik kepada UMNO yang selama ini berjasa kepada agama, bangsa dan negara anda. Saya difahamkan terdapat dikalangan anda, islam dan melayu serta perempuan...pernah bertanya kenapa Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak. Kalau kaum cina atau India atau Jakun atau Kadazan yang bertanya, tidaklah menjadi kehairanan kepada saya. Tapi yang bertanya adalah anda yang beragama islam dan berbangsa melayu. Kepada saya melayu seperti ini adalah melayu yang bodoh dan bacul serta tak mengenang dik untung.

Tiada ulasan: