SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan yang disarankan oleh pemimpin Utama Melayu BUKAN TIPU MUSLIHAT UMNO ATAU PAS.

Pada jangkaan saya kerajaan perpaduan yang disarankan oleh pemimpin utama melayu itu bukanlah satu tipu muslihat UMNO maupun PAS, tetapi adalah satu saranan kearah perpaduan kalangan umat melayu yang kini semakin parah bergeser dan berpecah belah. Jika terlambat menangis air mata darah sekalipun, sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.

Pada awalnya bukan ianya berupa saranan perpaduan antara PAS dengan BN atau Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tetapi antara PAS dengan UMNO. Perjumpaan-perjumpaan yang diatur diantara kepimpinan utama UMNO dan PAS berjalan dengan baik bukannya atas kesedaran bahawa telah berlaku perpecahan yang serius kalangan masyarakat majmuk Malaysia, tetapi kerana berlakunya perpecahan dikalangan umat melayu yang boleh menyebabkan rakyat asal negara ini akan kehilangan kuasa dan takhta. Kesedaran akan kehilangan kekuasaan dan ketuanan melayu dalam politik dan kuasa negara telah menyebabkan pemimpin utama melayu berbincang mengenai bagaimana cara untuk memadukan semula bangsa melayu dalam Malaysia ini.

Saya menjadi kehairanan kenapa akhir-akhir ini saranan tersebut bertukar kepada perpaduan semua rakyat Malaysia yang majmuk ini?. Bukankah sudah berpadu mereka itu didalam Barisan Nasional? Yang jelas berpecah ialah orang-orang hidung kemet ini ( melayu ). Melayu PAS membenci melayu UMNO dan sebaliknya. Begitu juga orang melayu yang kecewa didalam PKR serta dalam DAP, PPP dan lain-lain parti serta yang duduk diatas pagar berduri itu.

Tak silap saya Pak Hadi Awang dan Pak Najib Tun Razak serta beberapa pemimpin melayu lain, telah berbincang diatas kesedaran akan perpecahan melayu itu. Belum apa-apa dah ubah saranan. Ini adalah tanda pertama kegagalan. Dan kegagalan ini berpunca dari rasa takut untuk berkata benar. Dan ini juga adalah gambaran kedayusan pemimpin melayu kita. Tak bolehlah macam ni!!! Kita kena berterus terang mengenai sesuatu kebenaran dan keikhlasan hati dalam perjuangan. Jangan kita sembunyi muka kita disebalik dua tapak tangan kita, sedang buntut kita kenampakan dipenuhi dengan kurap air!!!!Masihkah melayu itu mempunyai waktu? Apakah jika Melayu dalam UMNO gagal, Melayu dalam PAS akan berjaya? Atau melayu atas pagar akan mencapai keuntungan? Pada hemat saya semua melayu itu akan mengalami kerugian besar jika kuasa negara telah berubah dari tangan melayu UMNO. Bolehkah melayu dalam PAS menggantikan melayu dalam UMNO menjadi Perdana Menteri? Kena kerja kuat tu!
Dan pada jangka saya, yang akan menjadi Perdana Menteri jika UMNO dan BN gagal memenangi pru ke 13 ialah seorang Cina dari DAP. Dan bukannya Anwar Ibrahim. Jangan tuan-tuan mimpi......

SATU PERINGATAN KEPADA UMAT MELAYU!!!!!!!!

Pembunuhan terancang oleh orang bukan islam disalah sebuah masjid di Naratiwath telah membunuh penganut islam semasa tengah sembahyang berjemaah. Ramai terbunuh dan juga mengalami kecederaan parah akibat serangan bersenjata oleh mereka yang dzalim itu.
Begitulah nasibnya jika kita tidak memiliki kekuatan dan kekuasaan. Orang lain sangat kejam kepada kita yang selamanya menunjukkan kebaikan kepada mereka. Kekuatan dan kekuasaan itu sangat kita perlukan dan kita tidak memiliki waktu untuk sekali lagi meneruskan perpecahan dikalangan umat islam melayu di Malaysia ini. Kerana suasana melayu islam di Naratiwath itu tidak mustahil akan berlaku di sini. Sedarlah.....

Tiada ulasan: