Saya banyak nak mengemukakan persoalan tentang KERAJAAN PERPADUAN yang hangat diperkatakan muktahir ini. Saya juga sering tersenyum sendirian apabila merenung saranan Sdr Nashruddin, Timbalan Presiden PAS, yang baru saja mempertahankan jawatannya itu. Ertinya banyak soalan dan pertanyaan serta terlalu sedikit jawapan yang ada dalam benak mindaku. Samada ianya hanya sebuah MITOS atau benar-benar sebagai sebuah agenda besar Parti Islam Semalaya itu?
Apa maksudnya Kerajaan Perpaduan yang disarankan PAS ITU?
Kerajaan antara PAS dengan UMNO sahajakah? Relevankah? Adakah ia mengambarkan cita rasa rakyat Malaysia? Atau ia hanya saranan yang bermatlamat jahat? Dalam pada itu kerajaan BN yang berkuasa ketika ini, bukan kerajaan Perpaduankah?
Jika ia saranan untuk memadukan Pakatan Pembangkang dengan Barisan nasional, apakah DAP dan PKR yang keujudannya selama ini bukan atas dasar semangat patriotik dan kepentingan bangsa dan tanah air, bersetuju? Sebagaimana yang saya maklum, DAP lahir atas kesinambungan parti PAP, Singapura DAN PKR lahir atas kekecewaaan yang tidak terkawal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad serta BN itu sendiri.
Bahkan kerosakan politik negara ketika ini atas kerenah dan kejahatan DSAI. Mana mungkin UMNO dan BN akan memaafkan DSAI akibat kedurjanaannya itu. Ramai orang pandai dan bijaksana dalam dunia ini. tapi ada juga dimana kebijaksanaan itu diarahkan kepada sesuatu perkara dan tindakan yang menghancurkan tamadun manusia. Umpamanya seperti mana yang berlaku di Palestine dan Bosnia Herzegovina suatu ketika dulu. Bijaksana yang tidak memberikan apa-apa manafaat kepada pembangunan tamadun manusia itu sendiri. DSAI adalah serupa dengan yang demikian itu. Justeru itu apakah mungkin kerajaan BN/UMNO akan berpadu sekali lagi dengan beliau? Saya jawap tidak. Jadi kerajaan Perpaduan yang dicanai oleh PAS itu mungkin hanya satu retorik politik yang tidak akan mencapai maksud dan matlamatnya.
Saya nampak, jika terdapatnya ketulusan Nashruddin dalam saranan tersebut, yang boleh berlaku hanyalah perpaduan dikalangan melayu yang menganut islam. Itu sahaja. Berpadu dengan kaum Cina, India dan segala kaum di Malaysia telahpun dipelopori dengan baik oleh dan dalam Barisan Nasional. PAS hanya menyuarakan sesuatu yang telahpun lama berlaku dalam politik Malaysia. PAS juga bersama PKR dan DAP yang telah meroboh semua perpaduan yang terjadi selama ini. Kini berura-ura pula untuk berpadu dan menubuhkan KERAJAAN PERPADUAN. Mungkin untuk semua rakyat Malaysia, saranan ini dah kira terlambat. Dan mungkin memandai-mandai dan beranggapan bahawa kerajaan BN itu bukan sebuah kerajaan Perpaduan.
Pada ketika ini yang jelas tidak berpadu ialah bangsa Melayu dan penganut islam dalam malaysia ini. Ada melayu dalam PAS, ada melayu dalam UMNO dan ada melayu dalam PKR. Dan pergeseran antara mereka sangat parah hingga boleh bergaduh dikalangan adik beradik dan suami isteri. Kalau ada terdapat dikalangan kita yang mengatakan tidak bergaduh dan tidak bergeser antara sesama melayu itu, maka orang kita itu buta dan pekak telinganya. Lantas kerana itu, jika nak saran perpaduan, yang logiknya saranan tersebut ditujukan kepada bangsa melayu yang sibuk bergaduh rioh ketika ini. Sehingga kuasa ditangan pun nak tersungkur jatuh ketangan orang lain. Inilah yang sepatutnya disepadukan agar kembali normal seperti sediakala.
Kenapa tak berani berterus terang secara terbuka? Takut sensitif? Sedangkan kita tahu hanya melalui perpaduan dikalangan bangsa melayulah, baru politik negara akan aman dan tenteram. Kita tahu jika melayu itu roboh dan kucar kacir, dengan sendirinya politik negara secara seluruhnya akan menjadi ponah ranah. Kenapa kita takut nak berterus terang, bahawa agenda Kerajaan Perpaduan yang disaran oleh PAS itu adalah perpaduan kalangan bangsa melayu yang kini berpecah tiga? Apakah kerana harta dan kuasa? Iya agaknya!!!!!!!
Jikalau seluruh melayu berpadu dan hanya menjadi ahli kepada sebuah parti besar UMNO sahaja, rosakkah melayu? Jikalau melayu berpecah dan menjadi ahli dan penyokong kepada banyak parti besar melayu, rosakkah melayu? Mundurkah melayu sehingga kita terpaksa menubuhkan banyak parti untuk mewakilinya? Saya kira melayu boleh Gah bersama dengan kaum lain jika hanya bergabung dan berpadu dalam sebuah parti besar seperti UMNO sahaja. Dan saya kira akan hancurlah melayu jika berpecah dalam banyak parti. ITU adalah ASAS yang patut dipatuhi. Tak bolehkah berbincang untuk kemajuan dan pembangunan bangsa jika hanya sebuah parti sahaja? Itu juga satu persoalan yang perlu diberikan perhatian. Dan semua ini jawapannya aota, jika kita berlumba untuk mengejar jawatan dan harta benda dan kuasa.
Demikian sahaja dulu merepeknya saya dalam penulisan kali ini........
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan