SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 31 Januari 2010

Bila 'Orang-Orang Kuat' Wakil Rakyat Kurang Popular!!!!!!!!!!!!!

Kita kata hingga Kucing Bertandukpun YB tersebut tidak akan memenangi sebarang jawatan diperingkat UMNO Bahagian. Ada lagi orang berkata bahawa YB seperti ini tidak bijak dalam bermain politik. Mana boleh beliau memilih 'orang-orang kanannya' dari kalangan mereka yang tidak berpengaruh diperingkat bahagian maupun cawangan. Apakah yang boleh orang seperti ini berikan kepada YB mereka dalam usaha untuk memenangi jawatan diperingkat Bahagian.
Di Malaysia, perkara ini berlaku hatta dalam parti PAS, PKR dan PPP sekalipun. Apa lagi dalam UMNO, sebuah parti yang sememangnya mengumpulkan mereka yang sangat berpengaruh diperingkat apa sekalipun samada cawangan, bahagian maupun Pusat.

Mereka yang tidak memiliki keistimewaan tersebut, jangan harap nak bermimpi menjadi pemimpin didalam UMNO. Sekalipun anda bergelar Dr, Lawyer, Engineer, dan sebagainya. Sekalipun anda harta berjuta malah berbilion. Namun jika anda tidak mengatur diri anda menjadi seorang yang berpengaruh, jangan mimpi nak menjadi pemimpin didalam parti keramat melayu itu.

Sebagai seorang Wakil Rakyat, tidak dapat dinafikan pengaruh anda adalah besar dan meluas sehingga kesemua ceruk kawasan di Bahagaian anda. Namun untuk memegang jawatan diperingkat bahagian anda harus mengaturnya agar semua orang harapan anda juga tediri drp mereka yg berpengaruh diperingkat grass root ( akar umbi ). Bagaimana mereka nak membantu anda untuk memenangi cawangan jika masyarakat cawangan sendiri tidak mengiktiraf mereka sebagai pemimpin? Jika diperingkat cawangan mereka ke Masjidpun jarang sekali dalam setahun? Jika diperingkat cawangan mereka menziarahi majlis kematian pendudukpun tidak dilakukan!! Jika segala majlis, semua kenduri kendara dan majlis perkahwinan pun tidak dilayan seperti seadanya???Orang seperti ini, meskipun kaya atau berpelajaran tinggi, jika diambil sebagai orang kanan YB, itu alamatnya YB berkenaan telah tersilap percaturan.

Sebagai YB, pilihlah individu diperingkat cawangan yang boleh dijadikan pengharapan dan mampu membantu beliau dalam cita-citanya merebut jawatan diperingkat bahagian maupun yang lebih tinggi drp itu.

Tiada ulasan: