SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 25 November 2008

MELAYU SUDAH LUPA atau TDM nak jaga nama?

Saya mohon jangan emosi apabuila saudara terbaca penulisan saya ini. Saya minta jika membaca blog ini jangan anda menyamakan TDM dengan UMNO. Kenyataannya TDM bukan lagi ahli UMNO. Beliau hanyalah mantan Presiden UMNO dan Mantan PM Malaysia sahaja. Jangan kerana marahkan TDM, UMNO menjadi mangsa.
Okaylah, biar saya mula bicara.
26-11-2008, TDM dalam ruangan blog beliau bercerita panjang atas tajuk Rasuah Dan Keazaman Politik. Seronok sekali saya membacanya, sehingga kopi yang tersedia oleh sang isteri terlupa ditegok jua. Entah kenapa seorang Mantan PM dan Mantan Presiden UMNO itu boleh berkata sedemikian rupa, seolah bukan beliau yang menjadi PM sebelum Pak Lah dan bukan beliau yang menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun itu. Saya tidak bermaksud kurang ajar kepada beliau, malah jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang beliau sumbangkan kepada negara dalam tempuh yang lama itu. Tetapi saya terasa dipermainkan oleh kenyataan dalam bicara beliau melalui blognya. Saya merasakan tengah melihat seorang Penjual ubat Panau, mempromosi ubat panaunya ditepi Jalan tengku Abd Rahman, sedangkan belakang dan penuh tangannya dengan penyakit Panau dan Kurap. Siapa yang nak beli ubat panaunya itu? Saya kesian kepada TDM, kerana apapun jua suara beliau dalam blognya, berapa ramaipun mereka yang membuat komen, mereka hanyalah membuat komen yang sinis dan mungkin melayan beliau sebagai melepaskan rasa hormat kepada orang tua semata. Tidak lebih dari itu. Didalam jiwa mereka, mereka tahu sepenuhnya siapa TDM semasa bergelar PM suatu ketika dulu.

Beliau mengakui politik wang sudah berlaku semasa era beliau dahulu. Bukannya sekadar 'sudah ada' tapi telah bermula diera pemerintahan beliau. Dan rasuah sangat parah dan bermaharajalela dizaman beliau. Siapa yang kuat bermain rasuah ketika beliau PM? TDM tidakkah? Hanya Tengku Razaligh sajakah? Tun Musa tentulah tidak. Tun Ghafar sudah meninggal. Tak payah cerita. Tak elok. Pendekata politik wang telah bermula dizaman TDM dan sangat rancak suasananya. DSAI, Mahyussin, Muhamad Taib, Tan Sri Isa Samad, Pak Lah, Datuk Seri Najib, Tan Sri Sanusi adalah Pemimpin-Pemimpin utama yang berebut jawatan Naib dan Timbalan ketika TDM memegang jawatan Presiden UMNO. Cubalah teka siapa kalangan pemimpin ini yang membeli undi, membayar penginapan, membayar tambang, belanja makan di hotel-hotel mewah, belanja ke Medan, Jakarta dan sebagainya? Ada atau tidak? Jangan cuba menafikannya. Saya juga kerap menjadi perwakilan dizaman TDM menjadi Presiden. Terlalu banyak insiden sedih berlaku ketika beliau menjadi Presiden dan PM di Malaysia ini.
Mula-mula Tun Musa terpelanting. Lepas itu Tengku Razaligh Hamzah. Satu ketika Pak Lah sendiri. Kemudian Tun Ghafar dan seterusnya DSAI. Ujud Parti Semangat 46 dan PKR juga pada masa beliau menjadi Presiden UMNO. Apa semua ini? Orang melayu sudah pandang jijik kepada UMNO ketika beliau sebagai Presiden UMNO lagi, kerana karenah dan sikap TDM yang sering menjatuhkan pemimpin utama UMNO. TDM dikenali dengan jolokan sangat kejam. Sehingga beliau dikenali dengan nama MAHAFIRAUN oleh musuh-musuhnya yang akhirnya menjadi musuh UMNO. Namun kerana kepintaran beliau UMNO masih dapat bertahan hingga 2003 semasa beliau berhenti dari memegang semua jawatan tersebut.

Anda semua rasa sistem kuota yang diujudkan era TDM, bertujuan untuk menghalang rasuah politikkah? atau untuk mempastikan kedudukan mereka dalam UMNO dapat bertahan lama? Tulisan TDM dalam blognya seolah mengatakan sistem kuota untuk menghalang politik wang dalam UMNO. Betulkah tu? Saya meragui dengan kenyataan tersebut. Pada saya ianya hanya bertujuan menghalang peluang orang miskin menjadi pemimpin utama dalam UMNO. Mereka tidak mampu untuk membeli undi, bayar penginapan, bayar makan minum perwakilan, bayar tambang kapal terbang perwakilan Sabah, Pulau Pinang, mereka tak mampu menghantar penyokong ke Medan, Jakarta dan lain-lain tempat sebagai ganjaran. Sedangkan dalam masa yang sama hanya orang kaya yang memiliki peluang untuk menjadi pemimpin utama dalam UMNO, kerana mereka mampu untuk berbelanja walaupun terbang ke Bulan dan Bintang sekalipun. INI YANG TERJADI DALAM UMNO KETIKA TDM MENJADI PRESIDENNYA. Saya bukan nak mengungkit perkara lepas. Sekadar mengeluarkan apa yang terasa sebak didada, apabila membaca kenyataan membela diri TDM dalam blog beliau. Apakah beliau merasakan kita semua buta mata dan hati sehingga tidak tahu akan suasana dalam UMNO di era beliau?
Kita tidak lupa. Kita bukan Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau pernah ungkapkan satu ketika dulu.

Anda semua,
Politik Wang hanya bermula dalam era UMNO BARU sahaja. Ianya tidak berlaku zaman Datuk Hussin Onn. Bapak kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Apatak lagi zaman Tun Abdul Razak ( Ayahnda Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ). Ia hanya bermula pada era UMNO Baru pimpinan TDM. Rasuah bermula di era TDM. Tak payah kita ungkit puncanya. Banyak sekali. Cukup dengan kenyataan ianya bermula dalam era TDM saja. Bolehkah TDM hapuskan rasuah di era beliau. Jawapannya TIDAK. Pak Lah juga tak sempat menghapuskan rasuah ini semasa era beliau kerana masanya hanya waktu senja sahaja. Tidak menjelang malam.

Aku berharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mampu menghindarkan rasuah dan terajang jauh-jauh dari UMNO kita. UMNO bukan hanya milik mereka yang bergelat pemimpin semata malah milik kami jua, rakyat akar umbi.

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bungaraya...

otai tak sedih sebab ababina328 tak faham. otai sebut pasal racist dan taici tipu daya manis dibibir atau nampak di mata kasar oleh cm lim guan eng tu.ababina pun tak faham DAP tu sapa dan genetik, dna dan baka mana? dap tak terlibat dalam kemerdekaan 1957. dap adalah alat pap singapura yang terpaksa putih mata bila 1965 tuanku keluarkan singapura dari malaysia akibat tak tahan dengan "malaysian malaysia" tu.

sekarang ni dap dan pkr serta pas pulak buat kontrek sosial baru adopt malaysian malaysia yang racist serta chauvanist cina ni mungkin dari saki baki bintang tiga dan parti komunis malaya.

pkr dan pas ni dah sasau kerana busuk hati mereka. mereka tak kira melayu jadi plestin pun tak pa asal umno dapat dikalahkan.

itulah islamnya mereka dengan politik dendan kesumat dan dengki kianat yang dilaknat oleh Allah swt.... lihatlah hamas dengan alfatah di plestin... bergasak maka yahudi yang untung. sini siapa yang untung?

pasal putrajaya tu hanya precint saja. itu pun dah dimelayukan. sebab di tulis precint 1, 2, 3, dll. macam kita melayukan perkataan kondom, kondominium, bank, telivisyen, radio, internet, paip dll. maka kita kena melayukan perkataan inggeris tu sebab perkataan tu tak ada dalam bahasa kita. banyak juga bahasa arab, hindi, cina macam tapau, kautim dll yang kita melayu kan. itulah namanya penyuburan bahasa dan budaya melayu.

terima kasih sokong otai. kita harap ababina tak marah dan komen lagi sebab otai jadi bijak boleh jawab kau punya "kureng tahu."

terima kasih bungaraya. allah bersama saudara. kita tak ada kepentingan apa2 cuma cari kebenaran dan keredhaan allah sahaja.

wassalam, otai.

Anti-Zahid berkata...

Ada orang memngulas komen anda di blog saya.