SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 19 Disember 2008

BLOGAWAN UMNO JANGAN TERKILAN DENGAN STATEMENT NOBISHA.

Apabila Nobisha mengutarakan satu kenyataan bahwa blogawan UMNO tidak ada Uhmmm!!, tentunya beliau mempunyai maksud dan motive tertentu. Kepada saya ia menggambarkan akan kekecewaan beliau tentang beberapa kelemahan dan ketidakmatangan 'orang-orang UMNO dalam penulisan blog. Selain itu beliau hampa apabila melihat blog-blog 'orang-orang UMNO' ada yang masih kosong setelah berbulan-bulan berdaftar. Sebahagian daripadanya pula hanya menulis sebulan sekali atau dua bulan sekali ataupun setahun sekali. Terdapat juga blogawan UMNO yang menulis hentam keromo mengikut emosi dan tidak rasional.Marah tak tentu arah dan tidak berdiri dibumi yang nyata ini.

2. Blogawan UMNO sepatutnya menerima teguran Nobisha ini sebagai satu nasihat ikhlas dan segera berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri untuk menulis didalam blog mengenai perkara-perkara yang bermanafaat kepada perjuangan UMNO.

3. Blogawan UMNO sepatutnya berusaha menjelaskan kepada masyarakat APAKAH YANG TELAH UMNO LAKUKAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN? Menyanggah segala fitnah dan penulisan yang mengelirukan yang ditulis oleh blogawan pembangkang.

4. Blogawan UMNO juga mesti mengwar-warkan 'kelincahan' pemimpin negara dalam membangunkan negara Malaysia ini dalam berbagai aspek kehidupan. Tidak menafikan hak-hak kaum-kaum lain, dimana UMNO memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada masyarakat dalam beragama, bersuara dan berpolitik.

5. Sekarang ini pilihanraya kecil Kuala Trengganu menjelang tiba. Mana dia blogawan-blogawan UMNO. Saya belum nampak diantara mereka yang berusaha untuk menjelaskan kepada rakyat Kuala Trengganu tentang apa yang telah dibuat oleh Kerajaan BN/UMNO selama ini untuk rakyat Kuala Trengganu. Dalam bidang Pendidikan, Ugama, Ekonomi, Kebudayaan, Pembangunan Prasarana dsbnya.

6. Siapa yang mempertahankan dan menjayakan penghayatan syiar islam di Malaysia kalau bukan Pemimpin UMNO? Ditangan merekalah letaknya kuasa untuk mempertahankan agama rasmi negara ini. Tidaklah saya mengatakan PAS tidak memperjuangkan Islam, Tetapi kuasa tidak terletak ditangan mereka. Di Selangor, PAS ikut memerintah didalam Pakatan Rakyat, tetapi ikutnya hanya 'seperti melukut ditepi gantang' semata. Di Perak, PAS sebagai Menteri Besarnya, tetapi ianya hanya seperti "Boneka" DAP sahaja. Mungkin PAS mempunyai kuasa penuh di Kelantan dan Kedah. Saya tidak mau komen mengenai pemerintahan mereka di Kedah, tetapi di Kelantan, sejak bertahun-tahun, apa yang dinikmati oleh rakyat Kelantan?

7. Blogawan UMNO hendaklah sensitif dengan hentaman blogawan PAS maupun DAP atau PKR. Jangan membiarkan kita kena hentam hingga berlumuran darah dihidung dan menangis meraung-raung. Kita memiliki senjata sama seperti mereka. Kita berada dipihak yang 100% benar dan perjuangan kita adalah perjuangan yang bermula dengan niat yang betul lagi ikhlas. Bukan kerana kecewa atau kerana terasa tersingkir.

8. Ayuh Blogawan UMNO, bersungguh-sungguhlah dalam berjuang. Selepas kita berjuang bermati-matian, barulah adalah ertinya 'takdir' dikemudian dari perjuangan tersebut.

3 ulasan:

. berkata...

Tun,

Lebih baik kita tegur keluarga sendiri. Orang lain tak sanggup nak tegur kerana nak tengok blog UMNO terus malap. Itulah niat ikhlas saya.

Taminsari berkata...

Salam perjuangan..

Saya tak mahu mengatakan siapa yang makan cili, dialah yang terasa akan kepedasannya. Sesungguhnya ini adalah pandangan ikhlas dari saudara Norbisa yang mahu melihat pejuang-pejuang UMNO tidak mudah menyerah kalah. Mungkin jauh disudut hati beliau untuk memperkecilkan kemampuan para sahabat bloggers UMNO apatah lagi dengan keadaan politik negara yang tidak stabil dan akan menghadapi satu lagi pilihanraya Kuala Terengganu. Beliau mahu menyedarkan blogger UMNO supaya bangun untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam dalam mempertahankan UNNO dan BN dari serangan pihak pembangkang.Diharap para bloggers UMNO dapat menerima kritikan ini dengan tangan terbuka dan dapat merenung kembali arah tujuan UMNO agar kembali kuat dan mendapat kepercayaan semula dari masyarakat Melayu seluruh negara. Kembalikan aura UMNO agar kembali kuat seperti dahulu.Sesunguhnya UMNO adalah wadah perjuangan Melayu. Hidup UMNO Dulu, Kini dan Selamanya. Insya Allah.
Wassallam.

Taminsari

bungaraya berkata...

Kepada NOBISHA dan Tamingsari,
saya ucapkan jutaan terima kasih diatas komentar anda. Sebenarnya diBumi bertuah ini, masih ramai melayu yang berpegang dengan istilah 'biar putih mata, jangan putih tulang., Genggam bara biar samapi jadi arang., Langkah mayuatku dulu, namun aku tiodak akan berganjak dari perjuangan ku mempertahankan bumiku yang tercinta ini. Kamu berdua adalah diantaranya...Hidup Melayu.