SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 26 Disember 2008

KOMENTAR PAS tidak islamik. Mereka bersikap melulu dan memfitnah serta kurang ajar.

Marahlah kalau nak marah..saya tak apa. Hinalah kalau nak hina...saya okey saja. Tapi berbulan-bulan saya menganalisa dan meninjau didalam blog saudara-saudara dan akhirnya saya menyimpulkan bahawa apabila saudara menulis serta memberikan sokongan kepada PAS saudara emosi dan mengeluarkan fakta-fakta yang setengah benar dan setengah lagi mengelirukan. Yang banyaknya saudara banyak menghentam UMNO tanpa melihat kepada diri PAS itu sendiri.

Saya melihat berbagai penyokong UMNO dalam blog, ramai yang mengakui kelemahan UMNO masa kini dan berusaha secara sedar untuk memperbaiki kesalahan dan kesilapan mereka. Tetapi penyokong PAS jika mengata dan menghina UMNO, mereka menganggap PAS adalah parti yang serta tak bersalah. Yang segala-galanya betul dan betul belaka.

Dalam pada mereka mengeluarkan ayat-ayat suci dan sunnah nabi, dalam pada itu mereka menghina dan mengeji pihak UMNO yang sebenarnya seagama dengan mereka. Yang sedihnya, hari-hari mereka makan hasil usaha UMNO. Hasil usaha BNlah yang menjadikan negara ini aman dan selamat untuk didiami oleh semua rakyat tidak kira UMNO atau PAS atau DAP. Yang membolehkkan semua rakyat senang mencari rezeki halal dan haram tanpa gangguan. Mengambarkan bahawa penyokong PAS tidak bersyukur dan ini tentunya bertentangan dengan ayat suci yang mereka laungkan setiap kali mereka menulis dalam blog ini.

Kira senang untuk dimengertikan...saat ini mereka mengajak jangan main judi kerana haram dengan berbagai ayat suci sebagai bukti larangan Allah SWT, tetapi saat selanjutnya mereka mengeluarkan kad 52 sesama mereka dan menghabiskan masa bermain pukau hingga berjam-jam....Itulah orang-orang PAS sebahagianya.

Pesuruhjaya PAS Sabah selalu mengemukakan soalan-soalan pedas dalam Forum-forum di TVi/TV2 dan segala TV jika berkesempatan. Mengeluarkan kata-kata yang menyinggung orang lain tanpa sedar cara dan pendekatan spt itu sangat bertentangan dengan kaedah islam. Kenapa beliau tidak masuk pendalaman dan berdakwah agar semua rakyat Sabah masuk Islam? itu lagi mulia. Drp mengutuk sesama penganut.

3 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

correct!!!
ilmu tanpa amal, kadangkala tak guna.
pegang title tok guru, ustaz, alim ulama(kononnya), namun setiap apa yang diutarakan beralaskan emosi semata-mata...

H Liam berkata...

watak-watak yang mengendong parti tapi bukan semua. dan watak-watak sebegini berada di dalam semua parti pun.

korreckk, korreckk, korreckk!!!

guane too berkata...

SALAM..

BETUL BOOOSSSS