SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 8 Januari 2009

AKHIRAT TETAP MUSTAHAK, NAMUN PENGGUNDI KUALA TRENGGANU TETAP JUGA UTAMAKAN PEMBANGUNAN DUNIA.

Langsung tidak dinafikan bahawa rakyat Kuala Trengganu tetap yakin akan mustahaknya persediaan untuk AKHIRAT. Namun mereka juga tidak menolak akan pentingnya pembangunan didunia ini. Bahkan tersangat penting kerana ianya juga yang bakal menentukan saham akhirat nanti samada sedikit atau berkarung-karung banyaknya.
Rakyat Kuala Trengganu tidak senang untuk dipengaruhi oleh janji manis Pakatan Rakyat yang selama ini sering mereka laungkan. Ketika pilihanraya seperti inilah PAS mula mengeluarkan ayat-ayat suci al-quran untuk meraih undi. Sehingga kadang-kadang mereka mengelirukan rakyat dengan tafsiran salah yang memberikan bayangan islam itu tidak memberikan keutamaan kepada pembangunan di dunia ini. Bahawa akhirat itulah segala-galanya dan kita hidup diatas muka bumi ini hanya semantara.
SEDANGKAN SEBENARNYA KEHIDUPAN KITA DIDUNIA INILAH YANG AKAN MENENTUKAN KEADAAN KITA DIAKHIRAT KELAK. Bahkan sebagai orang islam, kita mestilah membangunkan diri, bangsa dan negara kita agar bisa menang didunia dan bahagia di akhirat nanti.
Pada masa ini keadaan islam didunia ini sungguh malang sekali. Kita lihat keadaan yang menimpa saudara kita di Palestine, Iraq, Somalia,dan lain-lain kawasan diatas muka bumi ini. Ini berpunya kerana kita lemah dan salah pentafsiran mengenai ayat suci al quran. PENGUNDI-PENGUNDI Kuala Trengganu sememangnya sangat menyedari akan perkara ini. Selain sebagai persediaan menjalani liku-liku kehidupan didunia ini, juga sebagai membantu persediaan apabila berpinda alam nanti ( alam akhirat ).
KETIDAKMAMPUAN PAS juga telah diketahui sepenuhnya oleh Pengundi KT. Bahkan seluruh Trengganu telah faham mengenai apa itu PAS. Pilihanraya ke 11 telah menjelaskan segalanya Mereka tidak berdaya untuk menyediakan segala prasarana untuk Bandaraya Kuala Trengganu kerana PAS bukan pemerintah negeri tersebut, sekalipun PAS telah dibagi peluang untuk menjadi pemimpin negeri.
PAS juga tidak berdaya untuk menyediakan PENDIDIKAN kepada rakyat kerana mereka bukan Kerajaan Persekutuan. Dan serba serbi mengenai pembangunan dunia, PAS bukanlah Parti yang harus diundi dalam Pilihan Raya Kuala Trengganu.
Jika ingin melihat Kuala Trengganu membangun dari berbagai aspek pembangunan samada Fizikal maupun Rohaniah, UMNOlah parti yang seharusnya menjadi pilihan pemilih di Kuala Trengganu dan MESTI MENGUNDI PARTI UMNO TERSEBUT.
Jika rakyat termasuk golongan mudanya berkeinginan untuk melihat perubahan drastik kepada aspek yang mereka perlukan? Spt pekerjaan, Latihan kemahiran kepada golongan belia, Bantuan kepada Nelayan atau Petani, Ingin memulakan perniagaan...maka UMNOlah parti yang paling sesuai untuk diundi. Dan Bukan PAS.


Saya tidak mengundi...semoga anda Penggundi di Kuala Trengganu berfikir secara rasional dan tidak terbawa oleh dakyah parti yang menjanjikan sesuatu yang KOSONG BELAKA.

3 ulasan:

torashah berkata...

Salam..

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan..

perunding berkata...

negara yang tuan sebut tu ada yang kaya raya.
saudi kaya raya.
iraq dulu kaya raya.
keberanian datang dari keimanan.
hamas yang ada seketul batu berani melawan yahudi dek kerana iman.
negara lain kecut bukan kerana tak ramai,takde duit,takde ekonomi,tetapi kecut kerana tiada iman.

satu benda yg pelik,
kejar akhirat,dunia datang kat kita.
yakin dan cari makna, ambil akhirat dunia datang kat kita.
ia bukan bermaksud meninggalkan dunia.
perhatikan zaman kejayaan islam bermula dengan sembahyang 24 jam dulu,hafal quran dulu kemudian barulah dunia itu umpama sekeping kepak nyamuk.
dunia menjadi dihujung jari, bermaksud kita menguasai dunia itu sepenuhnya.
saya percaya tuan jauh lebih bijak dari saya.
saya hanya mampu memberikan persoalannya sahaja,ilmunya tentu tuan lebih mahir dan mampu mencarinya ke tahap tinggi.
salam

bungaraya berkata...

Saya penuh yakin. Banyak contoh individu yang dapat membuktikannya.
Apabila saja mereka 'merapatkan diri dengan Allah SWT', maka rezeki akan mula menghampiri mereka diatas dunia ini. Itu saya yakin sepenuhnya. Tapi rapat orang berilmu beserta dengan usaha, jauh lebih dihampiri rezeki Allah dari hanya berdoa 24 jam sahaja. Mana mungkin anak kita akan lulus 5 A hanya dengan berdoa tanpa usaha? Saya ada cerita mengenai doa orang yang berada didalam suasana banjir.
Kerana banjir tersebut sangat kuat, rumah ditenggelami air hingga kelantai. Apabila perahu bomba datang untuk menyelamatkan mereka, dijawab tak payah kerana mereka ada Allah SWT. Apabila air hingga ke atap, mereka naik keatas bumbung untuk menyelamatkan diri. Bomba datang lagi sekali untuk menyelamatkan mereka. Dan mereka tetap menjawab tak payah. Mereka cukup sekadar berdoa kepada Allah. Akhirnya air melimpasi bumbung rumah dan mereka hanyut dibawa air deras. Lu fikirlah sendiri.