SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 12 Januari 2009

Apa akan jadi jika HAMAS kalah dengan teruk di GAZA?

Saya mohon menyatakan sokongan saya yang tidak berbelah bagi kepada usul yang dikemukakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi mengenai dengan kekejaman regim Zionis yang menceroboh Gaza di Palestine. Namun kutukan dan usaha-usaha yang akan Malaysia lakukan haruslah dibuat dengan segera dan serta merta memandangkan suasana yang berlaku mutakhir ini di Gaza sangat membimbangkan kita semua. Kekejaman regim Zionis, tanpa prikemanusiaan itu telah membunuh tanpa balas kasihan manusia-manusia yang bergelar Hamas. Tidak kira anak-anak, bayi kecil, ibu tua dan semua orang awam. Hatta pekerja Palang Merah juga menerima padahnya. Saya khuatir belum PBB mengadakan sidangnya, suatu perkara yang lebih dayshat lagi akan terjadi di Gaza.



Tuan Yang DiPertua,

Saya ingin menimbulkan satu pertanyaan. APA AKAN JADI KEPADA HAMAS JIKA ISRAEL BERJAYA MEMENANGI PENCEROBOHAN ITU? Apakah benar bumi Palestine akan banjir dengan darah Hamas? Apakah semua bangunan di bumi Hamas itu akan roboh dan rosak binasa? Tentunya akan berlaku pertambahan manusia pelarian Palestine diatas muka bumi ini.

Bergembirakah Arab di Mesir, Lubnan, Arab Saudi, Kuwait, Libya, Syria dll. melihat kaum sebangsa dan seagama dengan mereka dicincang lumat oleh Zionis?

Melihat suasana kini saya sangat bimbang bahwa kemungkinannya akan berlaku seperti yang saya takuti. Bumi Gaza akan menjadi miliki Yahudi. Selepas Gaza, Tebing Barat akan menjadi sasaran seterusnya. Selepas Tebing Barat, Iran akan menjadi sasaran berikut pula. Dan Amerika Syarikat akan berterusan sampai bila-bila berada dibelakang Israel sebagai pendokong kuat negera tersebut. Semasa kekalahan teruk Hamas dan Gaza seperti 'padang jarak padang tekukur, usaha Kerajaan Malaysia masih berada dipertengahan jalan. Sokongan negara luar akan terhenti apabila Israel menarik semua bala tenteranya dari Gaza (setelah mereka menang ). Israel bukannya negara yang boleh dipercayai. Penyembelihan Hamas mungkin benar-benar akan terjadi dan menghapusan Hamas mungkin benar-benar akan dilaksanakan oleh Israel di Gaza. Paling tragik sekali, mayat banyak sakali bertaburan dan bergelimpangan dijalanan. Kecil besar, tua muda, askar maupun awam dibunuh tanpa balas kasihan.

..."Kenapa tidak kematian yang syahid kepada Islam ini berada dimerata dunia. Bukan sahaja di Gaza?...

Bukan tujuan saya untuk melemahkan semangat semua kita, bukan juga untuk mengajar anda, tetapi persetujuan sebulat suara di Parlimen Kelmarin hingga semalam hanyalah cubaan "" Hang Timun" untuk melanggar "Hang Durian". Melanggar kita mati, apatah lagi jika kita yang dilanggar. Sekali lagi saya meramal bahawa ..."kita akan gagal di PBB dalam menyuarakan kemahuan kita", kerana "mereka" tidak akan ikut apa yang kita kehendaki, sebaliknya mereka mahu kita ikut apa yang mereka kehendaki. Termaktub pun dalam Al-Quran apa yang dimaksudkan oleh ayat ini.

Tiada ulasan: