SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 11 Januari 2009

Program Pembangunan ( Projek ) memang Untuk Mendapatkan Sokongan Rakyat. KENAPA, Salahkah?

Datuk Seri Najib, semasa berkempen dalam PRK di Kuala Trengganu minggu lepas menyangkal tuduhan Pembangkang ( PAS ) yang mengatakan Kerajaan BN memberikan projek-projek kepada rakyat Kuala Trengganu adalah bertujuan untuk memancing undi. Saya sebenarnya sangat bersimpati dengan Datuk Seri kerana terpaksa menjawab dan menyangkal satu tuduhan yang mengelirukan. Yang tidak sepatutnya dijadikan isu ketika pilihanraya kecil seperti di Kuala Trengganu. Pun demikian saya ucap tahniah kepada Datuk Seri kerana dalam keadaan tenang beliau tetap menjawab tuduhan tersebut tanpa emosi dan marah. Wajah seorang pemimpin nombor satu negara terpampang pada diri beliau.
Namun aku merasa hairan kenapa PAS menganggap pemberian projek atau program pembangunan dianggap rasuah? Program Penubuhan Universiti, Program Bantuan Penternakan Ikan di Wakat Mempelam dianggap rasuah, Pemberian Royalti minyak kepada Kerajaan Negeri dianggap Rasuah, Program bantuan kepada Orang-Orang Tua dan Ibu Tunggal dianggap Rasuah dan semua program serta projek yang diumumkan kerajaan Pusat di Kuala Trengganu itu dianggap rasuah oleh PAS. Nampakkah PAS bahawa pengumuman mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan itu adalah untuk membantu rakyat Kuala Trengganu? Nampakkah PAS bahawa beribu-ibu rakyat Kuala Trengganu akan merasa senang dan terbela dengan program yang diumumkan itu? Nampakkah kita bahawa pembangunan di Malaysia secara keseluruhannya adalah dari satu demi satu program dan projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?
Kita jangan menyesatkan pemikiran rakyat. Jika kerana program tersebut, rakyat sayang dan menyokong kerajaan Persekutuan, itu memang sepatutnya. Memang sepatutnya Kerajaan Memerintah akan mengadakan berbagai-bagai program untuk membangunkan rakyat. Untuk mengembangkan ekonomi rakyat, untuk
mengujudkan suasana keselesaan kepada rakyat, dan untuk meninggi-tarafkan kehidupan rakyat. Jika sekarang belum mencukupi, program-program akan terus diujudkan dari masa kesemasa.
Rakyat Kuala Trengganu harus bersyukur dan memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan DAN bukan PAS/Pembangkang yang sehingga sekarangpun hanya TEMBERANG sahaja lagaknya. Program yang PAS buat hanyalah untuk persediaan hari akhirat semata. BUKAN MEREKA TIDAK MAHU MEMBUAT PROGRAM DUNIA, TETAPI MEREKA TIDAK MEMILIKI KEMAMPUAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

1 ulasan:

beliaku berkata...

Salam Perkenalan kepada anda. Sila berkunjung ke blog belia labuan di alamat ini :-

www.labuanyouth.blogspot.com
Terima Kasih.