SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 15 Januari 2009

Sejenak...Fikirkan..., APA LAGI YANG MELAYU MAHU?

Aku menjadi tertanya-tanya,
Sehingga sukar bagi ku lena..
Mengenai persoalan dalam tajuk penulisanku kali ini, setelah membaca ramai Bloggers "membebaskan" diri mereka untuk berkata-kata, berbicara, bertutur didalam blog masing-masing. Apatah lagi bila membaca komenter-komentar mereka. Sangat berani mengeluarkan bahasa yang tajam, kasar, biadab, kurang enak didengar dan berbagai-bagai lagi. Tidak dapat dinafikan suasana ini bermula sejak Tun Mahathir belum bergelar Mantan PM lagi. Komunikasi melalui internet tersangat bebas tanpa kita peduli langsung bahawa disana juga terkandung "keburukan" yang dibawa bersamanya.

Yang paling nyata, langsung tidak ujud satu pertimbangan wajar samada kebebasan ini boleh atau tidak membawa suasana "punah" kepada masyarakat melayu di Malaysia?.
Saya telah beberapakali menyatakan tentang kerisauan saya akan kemungkinan kita akan punah binasa akibat kebebasan yang tanpa kawalan ini. Jelas sekali sebahagian dari kita tidak bijak mengendalikan kebebasan yang diberikan oleh pemerintah. Di negara China, kebebasan spt ini telah dikawal sebaiknya oleh pemerintah. Sebab kawalan tersebut ( positifnya ), semua kita memahaminya.

Saya tidak berusaha untuk melihat siapa yang salah sebenarnya. Mahu kata UMNO yang salah, PAS juga tidak dapat mengatakan ia semua betul. Begitu juga dengan PKR. Semuanya ada yang salah ada yang betul. Tapi jelas penulisan dalam blog banyak yang hanya melihat kesalahan diantara kita. Tuduh menuduh diantara kita. SEDANGKAN SEJAK MERDEKA PENGURUSAN NEGARA TELAH DISUSUN DENGAN BAIK DAN RAPI OLEH PEMERINTAH. Dan yang utamanya pemerintah negara berjaya mengangkat Islam dan Melayu itu ditempat yang sepatutnya mereka berada. Apa sebenarnya yang Melayu kehendaki? Bukankah kerajaan bertungkus lumus memperjuangkan dan memertabatkan syiar dan penghayatan nilai Islam? Bukankah mengangkat ekonomi melayu tengah rancak diimplimentasikan? Bukankah melayu yang menjadi pemimpin utama diMalaysia? Bukankah budaya melayu tetap merupakan teras budaya bangsa? Bukan sistem pendidikan di Malaysia berjalan spt yang dimahukan?Jadi, apa yang kita kehendaki?DAN BUKANKAH ADALAH JALAN LAIN YANG LEBIH BERADAB SEBAGAI SALURAN RASA TIDAK PUAS HATI?

Kerana kita tak juga kaya-kaya maka kerajaan yang kita salahkan? Sedangkan kerajaan telah menyediakan segala kemudahan untuk kita berusaha seperti yang dituntut islam. Segala bantuan sangat banyak diberikan. Tinggal lagi kita kena memulakan usaha kita selaku warga yang mempunyai rasa tanggungjawab sekurang-kurangnya kepada kehidupan dirinya sendiri.

Saya amat yakin ramai anak-anak melayu yang berjaya pada masa ini berasal dari keluarga miskin diperkampongan. Bukankah ini satu kejayaan yang diusahakan pemerintah? Ramai yang menjadi bijak pandai dalam berbagai bidang spt doktor, jurutera, lawyer, dan sebagainya. Juga ramai yang menjadi bijaksana dalam berbagai-bagai bidang dalam Islam. Semuanya kerana usaha pemerintah. APA SEBENARNYA YANG MELAYU KEHENDAKI?. Saya menjadi tertanya-tanya. Adalagi kah kesalahan pemerintah yang sangat serius sehingga menyebabkan kita tukar kepada Perdana menteri Cina atau India?

1 ulasan:

semut berkata...

kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu? kah kah kah Melayu? Kah kah kah Melayu?