SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 13 Januari 2009

sibuk sungguh pakatan rakyat. SEHINGGA MEMBUAT 2 CERAMAH HANYA BERSEBELAHAN.

Ia sangat menggambarkan mereka tidak berpakat bersama-sama dalam menganjurkan cermah.
Dalam masa yang sama membuat dua ceramah hanya bersebelahan sahaja. Bukankah elok dianjurkan bersama dan cuma cukup serta mengurangkan perbelanjaan dan perkakasan jika dianjurkan bersama. Ini juga menggambarkan bahawa mereka sangat kelam kabut dalam usaha meraih kemenangan. Jika RM10,000.00 terpaksa diperuntukkan untuk satu ceramah. maka dua ceramah kenalah menggunakan peruntukkan sebanyak RM20,000.00. DSAI membuat satu ceramah dan PAS juga membuat satu ceramah dikawasan sama di Wakaf mempelam, malam semalam 13hb Jan 2009.
Ia juga menggambarkan berlaku tidak sebulu diantara dua parti tersebut. Masing-masing nak memperlihatkan usaha masing-masing dalam PRK di Kuala Trengganu. Dalam hal ini kepada saya yang kenampakan menunjuk-nunjuk ialah DSAI.

Di Cendering, kunjongan pemimpin PAS kurang mendapat sambutan. Ini diceritakan sendiri oleh kawan yang ikut serta dalam rombongan Penceramah. Ramai juga pengempen PAS yang berdudukan diperhentian Bas untuk mengempeng driver-driver yang lalu lalang. Namun mereka hampa kerana hanyat mendapat gelak ketawa dan sinis dari mereka yang ditemui. Begitulah malapnya laluan PAS tanpa lampu dan api pelita.

Sedang dalam masa yang sama UMNO terus mengatur langkahnya dengan bijaksana. Pemimpin UMNO / BN tempatan terus berkunjong dari rumah kerumah bagi merayu undi dengan janji yang nyata dan tetap akan terbukti dan terkota. Mana-mana Pemimpin dari luar Trengganu, tiba kesana dan menunjukkan muka untuk memberikan buah fikiran serta semangat kepada rakan UMNO negeri mereka. Wanita UMNO dan Puteri UMNO negeri, kerjanya sangat terpuji.
Tanpa rasa letih tetap meneruskan usaha kerja dari masa kesemasa.

Pemimpin UMNO negeri sangat mengetahui bahawa mereka mesti memenangi PRK Kuala Trengganu ini pada 17hb Jan akan datang ini. Bukan kerana kepentingan peribadi mereka. Tetapi untuk membawa pembangunan ke Kuala Trenagganu yang akan dinikmati bersama, tidak kira rakyat menyokong PAS atau UMNO atau BEBAS.

Suasananya berbeda dengan Permatang Pauh dan Ijok. Di Kuala Trengganu tidak ada insiden pergaduhan spt di Ijok yang menggunakan samseng India dan di Permatang Pauh yang menggunakan samseng melayu. Bukan kerana melayu Trengganu dok pandai gocoh! Tapi mereka sdear semua itu adalah aota dan tindakan sedemikian adalah menunjukkan melayu itu belum matang bersiasah politik.

2 ulasan:

semut berkata...

mana ada kos PR buat ceramah sampai 10,000 bang oi...aku pun penah buat gaks..tak 1500 cukup, ini bukan ceramah BN semua kena bayor.

semut berkata...

Selalu dalam satu malam, kita buat ceramah sampai 4 tempat, 2 tu biasa je bang oi...DSAI disatu tempat sekejap je..lepas tu lari tempat lain pulak...


Masa kempen...