SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 13 Januari 2009

PAS MENANG????

HAAAA!!!! PAS MENANGKAH??. TIDAK....INI CUMA RAMALAN MEREKA SAHAJA.

Ya, itulah jawapan yang ku terima apabila menerima panggilan telefon dari seorang kawanku di Wakaf Mempelam semalam. Aku diberitahu melalui telefon mengenai RAMALAN ini kira-kira pukul 9.35 malam pada malam tadi. Sebaik sahaja aku lepas berbincang panas dengan anak sulongku mengenai keadaan atau suasana yang berlaku di Palestine. Di Palestine aku meramalkan tidak sampai satu minggu lagi HAMAS akan mengistiharkan kekalahan yang teruk dalam peperangan Gaza yang dipelopori oleh Israel Laknatullah itu.


Kata kawanku ini hanya ramalan.
Ini hanya perang saikologi sahaja.

Sebenarnya kedudukan kini UMNO telah mendahului PAS dalam kiraan rambang yang berdasarkan pendapat

Ketua-Ketua parti undi yang di kawasan P.036 Kuala Trengganu. Kemenangan BN dikawasan majoriti Cina sangat jelas dimana pengundi cina pada kali ini sangat mengharapkan dengan mengundi BN Kuala Trengganu akan bertambah membangun drp biasa. Masyarakat cina rata-rata hidup dalam keadaan selesa berada dibawah pemerintahan Bn berbanding dengan dibawah pemerintahan PAS beberapa tahun yang lalu. Dan pada kali ini mereka pasti akan mengundi BN bagi meneruskan suasana keselesaan dan kebebasan mereka tanpa gangguan dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.

Begitu juga dengan kawasan yang padat pengundinya dengan kaum majoriti melayu. Alasan yang biasa didengar ialah kejelikan mereka dengan kepimpinan PAS yang hanya pandai berretorik tetapi tidak ada satupun kerja mereka yang menjadi kenyataan. PAS bukanlah sebuah parti yang membawa kemajuan dan pembangunan kepada mereka. UMNO juga membawa cita-cita besar untuk menerapkan lagi syiar dan penghayatan islam dikalangan rakyat Trengganu khasnya dan Malaysia amnya. Sedangkan PAS adalah sebuah parti yang tersepit diantara pejuangan Islamnya dengan kerakusan kuasa, kocek dan kekayaan. Di Selangor, Perak dan Pulau Pinang keadaan menceritakan segalanya dimana jika ia perjuangan penegakan islam, PAS berdiam diri. Tapi jika ia mengenai pangkat dan kedudukan PAS mempertahankan haknya selaku Pakatan Rakyat. WAKIL UMNO juga anak tempatan dan sangat mudah untuk bertegur sapa dengan mereka.

Saya lantas bahagia mendengar berita dari seorang kawan. Tidor saya malam tadi dibuai mimpi indah bersama Datuk Seri Najib dan Wan Farid dalam Masjid Putih. Bersembahyang sunat dan berdoa kesyukuran diatas kemenangan yang diperolehi oleh UMNO dalam PRK Kuala Trengganu itu. Meskipun itu hanya sekadar mimpi saya malam tadi. Saya berharap 4 hari lagi mimpin saya itu akan menjadi kenyataan.

2 ulasan:

perunding berkata...

sebentar lagi inshaallah saya menulis nasihat terakhir buat umno yang berkempen tidak bersungguh.

Sheikh Sambal berkata...

indah sungguh mimpi tuan... tuan dah pergi sendiri tengok di KT? setakat mendengar berita dari kawan terus bermimpi indah... tak lama lagi tuan akan mendapat mimpi ngeri pulak.... he he he...bukan dalam tidur tapi dalam jaga!