SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 14 Januari 2009

PASAR BABI KECOH di Labuan.

Berbagai cerita yang kurang baik terdengar diserata pulau ini mengenai arahan perpindahan Pasar Babi ketapak baru. Pangkal mulanya ialah disebabkan Peniaga Babi di pasar lama enggan berpindah ke Pasar baru yang lebih baik dan luas. Tentang punca keengganan untuk berpindah juga sangat tidak manasabah dan masuk diakal kita yang berfikir secara normal ini.

Pada peringkat awal semasa kajian untuk memindahkan pasar tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan telah membuat kajian dan penyelidikan serta persetujuan dengan peniaga pasar babi tentang cadangan perpindahan tersebut. Dan dikatakan mereka bersetuju dengan saranan pihak berkuasa tempatan. Tindakan perpindahan ini sangat jelas. Pasar babi yang lama terlalu berhampiran dengan pasar sayur orang-orang islam. Perkara ini telah lama berlaku dan sering mendapat bantahan dari orang awam yang sentiasa berkunjong ke pasar untuk membeli ikan dan sayur. Diatas keprihatian tersebut, maka pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan untuk memindah pasar babi itu ke satu kawasan yang dikira amat bersesuaian.
Selain ianya dikawasan yang majoritinya masyarakat Cina ia juga jauh dari kawasan penduduk Islam. Pihak Berkuasa Tempatan telah membelanjakan lebih RM1. juta untk menyiapkan pasar babi baru tersebut. Dan telahpun siap.Malangnya setelah siap peniaga pasar babi lama enggan pula untuk berpindah dengan berbagai alasan seperti belum siap dipasang dengan letrik dan air, Jauh dri Pelanggan dan dari pusat bandar. Malahan telah dijelaskan bahawa semua kemudahan tersebut hanya akan dimasukkan setelah mereka bersetuju untuk berpindah.
Kenapa sejak kebelakangan ini isu pasar babi ini telah diwar-warkan oleh masyarakat cina Labuan, saya kurang mengerti sepenuhnya. Yang jelas ahli politik telah mula masuk campur dan menambahkan kekeruhan suasana. Saya mendapat berita bahawa DAP telah mula menghangatkan keadaan dengan memasang banyak api-api yang berpercikan dipersekitaran. Persetujuan untuk berpindah dikalangan peniaga babi yang dibuat pada peringkat awal kini telah berubah kepada keengganan untuk berpindah hali cucukan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Disini berlaku lagi sikap degil cina yang sengaja dibuat-buat. Sejak merdeka, masyarakat tempatan cina Labuan hidup rukun damai tanpa "kedegilan" sebegini. Kini telah mula berubah dengan kehadiran Cina bukan Labuan yang seronok berpolitik hingga lupa bahawa itu sebenarnya telah menganggu keharmonian yang sedia ujud disini. Kenapa DAP menganggu keamanan yang ada pada Pulau ini. Bukankah elok kita lebih memiliki rasa tanggungjawab dan jauhkan bersikap biawak.

Selaku Pengerusi Perbadanan Labuan ( Pihak Berkuasa Tempatan ) saya sangat bersetuju dengan pendekatan Dato Haji Suhaili Abdul Rahman. Beliau telah mengambil satu tindakan yang bijak apabila bertegas untuk meneruskan usaha perpindahan premis perniagaan tersebut ke tapak baru. Alasan yang peniaga pasar babi lama berikan sangatlah tidak manasabah dan tidak boleh diterima.
Pengerusi Perbadanan juga telah memanjangkan serta memaklumkan perkara ini kepada Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Saya juga difahamkan, YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal juga mendapat makluman yang sama dan beliau juga tidak dapat menerima dengan sikap dolak-dalik peniaga babi tersebut. Dewan Peniaga Muslim Labuan mencadangkan kepada Perbadanan Labuan, jika Peniaga Babi tidak bersetuju pindah ke pasar yang baru dibina, agar pasar tersebut ditukar dari pasar babi kepada Pasar Daging Lembu/Kerbau/Kambing yang dagingnya halal dimakan untuk semua masyarakat.

Tiada ulasan: