SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 21 Januari 2009

BEZA ANTARA CINA DENGAN DUSUN MENGENAI BABI.

Dusun adalah satu kaum pribumi di Kepulauan Borneo. Jika ia tinggal dikawasan utara Borneo, maka kaum tersebut merupakan penduduk negeri Sabah. Yakni rakyat Malaysia seperti kita. Begitu juga jika ia tinggal di Sarawak. Kaum tersebut juga terdapat di Negara Brunei Darussalam dan sedikit dikawasan Kalimantan dalam negara Indonesia. Majoritinya kaum ini menganut agama kristian. Terdapat juga kalangan mereka yang tidak menganut sebarang agama yang dikenali sebagai pagan. Dewasa ini ramai kaum Dusun yang telah memeluk agama islam. Jarang sekali yang beragama buddha, hindu atau agama yang diamalkan oleh puak yahudi di Israel. Kaum Dusun sudah turun termurun hidup rukun damai dengan kaum-kaum lain di Sabah, seperti kaum Bajau, Brunei, Kedayan, Bisaya dan lain-lain ( penganut islam )

Bagi masyarakat Dusun yang tidak menganut agama Islam, babi adalah makan kegemaran mereka. Selain babi hutan, mereka juga menternak babi secara kecil-kecilan dibelakang rumah ( spt cadanagan Tok Guru Nik Aziz ). Masyarakat Dusun sangat faham akan sensitiviti masyarakat islam di Sabah. Mereka tahu bahawa masyarakat islam sanagt jijik dengan babi dan juga tahu bahawa binatang tersebut adalah haram hukumnya jika bersentuhan dengan badan seorang muslimin, apatah lagi memakannya. Masyarakat Dusun harus dipuji kerana tidak menggunakan binatang tersebut sebagai "provokasi" politik dan tidak mencuba walau sekali untuk menyakitkan hati penganut islam dalam Malaysia ini.

Begitulah sepatutnya sikap kita dalam masyarakat yang majmuk ini.

SEDANGKAN kaum cina Malaysia berbeza perangai dan sikapnya dari kaum Dusun ini dari hal BABI. Walaupun ianya makanan yang enak bagi mereka, sama seperti kaum Dusun, tapi mereka tergamak menggunakan BABI sebagai bahan provokasi untuk menyakitkan hati kaum yang menganut agama islam. Jika beberapa waktu dulu, Babi dijadikan bahan provakasi politik di Selangor, Melaka dan Kedah di Semananjung Malaysia, kini ia telah merebak ke Pulau Borneo ini di Wilayah Persekutuan Labuan.

Apa sadah jadi?

6 ulasan:

Cheguman berkata...

Bukan semua org cina yg begitu. Yg MCA ok. Yg DAP...? entahlah. Tak berapa confiden...

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Saudara,

Kadangkala apabila isu ini menjadi kontroversi, kita masih menuding jari kepada orang lain.

Saya tidak menyalahkan penulisan saudara cuma saya berpendapat, inilah masanya kita menilai semula sejauh manakah kita pertahankan Islam dengan apa cara sekalipun.

Jika kita lihat isu ini secara menyeluruh; sebenarnya kita "diperangkap" dengan perilaku sebagai seorang muslim. Maksud saya, peribadi Islam yang kita tunjukkan. Tidak perlu menggayakan serban/songkok untuk menunjukkan keIslaman kita tetapi cara bagaimana kita berhadapan dengan mereka dalam kehidupan sendiri.

Di Labuan sendiri jika diperhatikan siapa yang membeli arak di kedai Cina??? Nombor ekor??? Saya pasti saudara sendiri amat maklum akan perkara ini.(nda ku tau kalau kadai si Jungkir masih lagi ada!!!)

Kini, tiba masanya untuk kita kembali kepada ajaran Islam secara menyeluruh. Bukan saya menyuruh mengamalkan kehidupan dengan beribadat/bertafakur 24 jam, tidak!!! Cukup sekadar kita berpesan dengan kebenaran, membetulkan kembali peribadi diri.

Wassalam.

Jeepers Creepers berkata...

itulah permainan politik cina DAP. Orang sebeginilah yang patut kita halau dari MALAYSIA.

bungaraya berkata...

Mana aahnya kadai di Jungkir atu kian? Apa dijualnya?

perfectwater75 berkata...

Salam,

saya rasa isu babi paling kuat dimainkan oleh BN...walaupun majoriti masalah berkaitan BABI ini sebenarnya sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu atau lebih tepat ketika era BN memerintah beberapa negeri seperti Selangor.

Saya pernah sentuh mengenai isu ini sebelum ini dalam blog saya. banyak isu yang BN dan UMNO cipta yang pada akhirnya menjadi duri kepada BN/UMNO sendiri...

Ini yang dikesalkan nak kata bodoh berpolitik sudahpun memerintah setengah abad tetapi kekadang aksi politik mereka tampak sangat 'kurang cerdik'..

entahlah tuan...

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Semua,

Kadai si jungkir atu lataknya arah simpang dakat SM Teknik.

Kalau dulu(2, 3 tahun lapas) ada tia jelama Islam punduk2 minum sana!!