SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 18 Januari 2009

MELAYU itu UMNO dan UMNO itu MELAYU.

hAJI kAMARUDDIN sADAT membuat komentar dalam Blog Dato Kadir Jasin dengan beberapa soalan. Antaranya dalam PAS dan PKR takde Melayukah? Kalau benar-benar sayangkan Melayu ni, sayangilah insan yang berpijak dibumi ini, Negara Malaysia modern ni dibina oleh Melayu, Cina, India dan lain-lain.

1. Mungkin komentar itu dibuat tengah beliau emosi kerana jijik dengan terlalu banyaknya penyokong UMNO memberikan ingatan tentang perjuangan menegakkan Ketuanan Melayu diatas Tanah Air ini. Seolah bila kita memperkatakan melayu kita sinonimkan dengan UMNO. Seolah PAS dan PKR bukan ditubuhkan oleh Melayu. Seolah takde melayu dalam PAS dan PKR. Seolah jika PAS maupun PKR memerintah negara, melayu akan terpinggir dan Ketuanan Melayu akan lenyap dibumi bertuah ini. Mungkin juga agaknya Haji Kamarudin Sadat ingin memberitahu kita bahawa PAS dan PKR juga Melayu dan mampu menjadi pemerintah yang membawa negara kemercu kejayaan.

2. Saya nak bagi tahu Haji Kamaruddin, bahawa hanya orang buta dan tuli ilmu sahaja yang menafikan dakwaan beliau itu. Semua orang tahu bahawa PAS itu keahliannya terdiri dari orang-orang melayu. Dan semua orang tahu PKR, keahliannya bercampur semua kaum didalamnya.

3. Saya juga nak bagitahu Haji Kamaruddin bahawa SEMUA ORANG BELUM TAHU samada PAS maupun PKR mampu atau tidak memerintah negara ini. Dan tidak semua orang berani memperjudikan nasib mereka untuk memilih kedua parti itu dengan keyakinan bahawa mereka memiliki kemampuan tersebut. CUBA NYATAKAN BARISAN BAYANGAN PEMIMPIN kedua parti tersebut yang dianggap berkemampuan duduk sebagai Menteri Pakatan PAS dan PKR dan DAP dalam Kabinet Negara, jika memerintah.

4. Yakinkah anda bahawa tidak akan berlaku Rasuah dan penyelewengan dalam Pakatan Rakyat jika mereka memerintah negara? Bukan kita tidak tahu bahawa sekarangpun telah ada bibit-bibit tersebut di Perak dan Selangor.

5. Ikhlaskah PAS kepada DAP? Ikhlaskah PAS kepada Sdr Anwar Ibrahim? Hanya mainan politik sajekah jika Kapal Sink mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan Hukum Hudud itu? Kalau PAS sekalipun menjadi Perdana Menteri, bolehkah ia menghalang cita-cita Lim Guan Eng menghapuskan DEB di Pulau Pinang?

6. Bukankah Rasuah itu berada tidak hanya setakat dalam UMNO sahaja. Ia merata tidak kira ianya dalam PAS atau PKR sekalipun. Bukankah sikap tamak dan rakus kuasa itu ada juga dalam PKR dan PAS. Kerana mereka juga bergelar manusia. Pengajaran agama dan nilai murni juga sama sepertimana ibu bapak dalam UMNO mendidik anak-anak.

7. Orang melayu yang ramai dalam UMNO adalah mereka-mereka yang tahu bersyukur. Mereka tahu kejayaan yang mereka perolehi adalah hasil bantuan UMNO/BN. Apabila mereka berpendidikkan tinggi, mereka pulang ke Tanah Air untuk membalas jasa UMNO. Bukannya sebaliknya seperti dato Hassan Ali di Selangor. Dato Hassaan Ali terlupa untuk mengenang jasa UMNO kerana sebenarnya perjuangan UMNO yang menyebabkan beliau sekolah sehingga mendapat ijazah kedoktoran itu. Sekarang mana kehebatan beliau dalam menentang ladang babi di Sepang? Apa PAS boleh buta bagi menghalang maksud tersirat DAP itu? Teriak saje?

8. PAS meletakkan NIZAR selaku MB di Perak. Selaku orang melayu memangnya belaiu berusaha untuk membuat sesuatu yang baik untuk bangsanya. Tapi memberikan Tanah 999 di perkampongan baru itu sangat, sangat sangat gila namanya. Sesekali tidak boleh dilakukan oleh pemimpin melayu, lebih-lebih lagi PAS!!!!!

1 ulasan:

GayaPeneroka berkata...

melayu itu umno dan umno itu melayu

U.M.N.O. maksudnya .....dalam bahasa melayu.