SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 19 Januari 2009

PRU KE12 BUKAN SATU AMARAN dari PEMBANGKANG!!!

Jika kita "menyelongkar" intisari penulisan bloggers penyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS, thusnami politik yang melanda BN semasa PRU ke 12 dulu bukanlah merupakan sekadar SATU AMARAN atau PERINGATAN kepada UMNO. Malah ianya adalah usaha sebenar Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMNO dan BN dari tampuk pemerintahan negara. Senario politik Pakatan Rakyat sejak mukathir ini sememangnya "confirmed" berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN di negara ini. BUDAYA FITNAH bukan lagi satu kesalahan / dosa malah merupakan satu kebiasaan kepada kaki kempen PAS samada dalam blog maupun dalam persuratan khabaran mereka. Cara dan kaedah penulisan bloggers PAS sangat "berbisa" dan menyusuk setiap kalbu bangsa melayu sehingga mata-hati mereka bisa menjadi buta lantas mengubah haluan daripada parti UMNO/BN.



Lihat suaraselangor.blogspot.com untuk lebih memahami akan kejahatan dan strategi Pakatan Rakyat dalam mengadu domba suasana yang ada dalam politik Malaysia mutakhir ini. Jelas menggambarkan kepada kita usaha PAS untuk mengambil-alih pemerintahan negara. Generasi muda diberikan gambaran yang sangat menyimpang dari kebenaran. Golongan muda diayun dengan penulisan sensasi dan pidato yang berapi-api oleh pemimpin mereka tanpa menyedari itu sebenarnya adalah racun yang sangat berbisa dan sangat mujarap untuk menumbangkan UMNO/BN yang selama ini amat berjasa kepada semua rakyat Malaysia. Kepada generasi muda dan golongan bijakpandai melayu kenapa situasi mesti terjadi sebegini?
Apakah anda sebenarnya telah menilai dengan cukup rapi sehingga anda sanggup memberikan sokongan kepada satu dakyah fitnah dan mengadu dombaan serupa ini?. PAS sehingga sekarang ini hanya, saya ulangi hanya, menyerang dan memfitnah peribadi pemimpin UMNO/BN sahaja. Pertikaian mengenai DASAR NEGARA yang telah diluluskan kerajaan BN tidak pernah dibidas dan dijadikan bahan isu politik mereka. Apakah PAS mempertikaikan DASAR PENDIDIKAN NEGARA?. Kalau masalah Vernucalar school, bukan sahaja ahli PAS yang ramai mempertikaikannya malah juga ahli dan penyokong UMNO. Pejuang Bahasa melayu berada disemua parti samada PAS, UMNO maupun PKR sekalipun.

Pemimpin UMNO sombong, mengada-ngada, Kaya Raya, Hidup sebagai bangsawan, tidak turun ke akar umbi, Rasuah, menyalahgunakan kuasa dan berbagai-bagai serangan peribadi lagi. Dalam masa yang sama mereka tidakpun menguar-uarkan akan kebaikan dan jasa-jasa yang telah pemimpin UMNO curahkan kepada rakyat. Saya tidak hendak menafikan semua fitnah tersebut disini, Tapi apa benarkah semua pemimpin UMNO begitu rupa? Tidak adakah dalam Pakatan rakyat yang berperangai seperti yang digambarkan dan difitnah kepada pemimpin UMNO? Baru lebih kurang 10 bulan memegang beberapa negeri, telah banyak didengar perlakuan sumbang berlaku dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Usaha yang bersungguh-sungguh untuk membina Ladang babi di Selangor dan Kedah dipertahankan bermati-matian oleh Pakatan Rakyat. Dan yang sangat malang PAS termasuk bersekongkol dalam perkata tersebut. Kenapa diberikan sokongan kepada isu yang ternyata sekali bertentangan dengan usaha menyemarakkan syiar islam di Malaysia ini? Apakah dasar yang hebat yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat di lima negeri sehingga setakat ini. Jika pembelian Camry adalah merupakan satu dasar baik, itu adalah satu pernilaian yang sangat "tuhur" dikalangan generasi muda kita. Penghapusan DEB di Pulau Pinang juga bukan satu dasar yang baik. Begitu juga dengan pemberikan Tanah berstatus 999 di Perak kepada penduduk perkampongan baru, bukan satu dasar yang boleh "dijilat" kerana keenakan rasanya.

Pakatan Rakyat menyalahkan kepada kerajaan UMNO/BN kerana harga barangan melambung tinggi. Sekarang Pakatan Rakyat telah memerintah di lima negeri. Apakah harga barangan dikelima-lima negeri tersebut menurun dengan banyaknya? Kenapa masih sama seperti di negeri dimana kerajaan BN memerintah? Cubalah kita menerima akan hakikat bahawa harga barangan adalah dikawal oleh harga pasaran semasa dan sikap tamak para peniaga. Bolehkah Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan sewenangnya jika mereka memerintah negara. Tentu jawapannya adalah sama sahaja. Kenapa salahkan kerajaan BN? Ramai penulis penyokong Pakatan yang sekolah tinggi-tinggi dan otaknya bergeliga, sengaja tidak bersetuju dengan fakta sebenar kerana mereka takut kehilangan sokongan. Mereka sengaja menyembunyikan fakta sebenar dan masih tetap memilih strategi "penaburan fitnah" sepanjang masa. PAS sendiri telah menggunakan strategi menhalalkan cara dalam perjuangan mereka. Suatu ketika dulu mereka sangat jijik dengan kaedah sedemikian.

Strategi "penyingkiran pemimpin" melalui penaburan fitnah laknatullah berjalan dengan jayanya dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Ingatlah kemenangan yang diperolehi dengan FITNAH ini adalah sesuatu yang BUKAN ASLI. Kalau hanya nak mencapai matlamt yakni menjatuhkan pemerintahan UMNO/BN, cara yang digunakan ini adalah cara yang tidak berakhlak dan sangat dibenci oleh ALLAH SWT.

1 ulasan:

rantong berkata...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".