Saranan Datuk Seri Najib Tun Razak sangat baik dan bertujuan ikhlas. Ianya disuarakan beliau tentunya setelah pasti UMNO kini terlalu banyak masalah yang sangat kronik. Saya sangat bersetuju dengan saranan dan gesaan YB Datuk Seri tersebut. Masalah timbul disini tentang apakah BUDAYA DAN IMEJ BURUK tersebut boleh diubah sebelum PRU ke 13.
Saya bagi satu contoh seperti beriku:-
....."Sekarang ini ramai rakyat berpandangan Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Ali Rustam dan TanSri Muhamd Haji Muhd. Taib pernah melakukan RASUAH sepanjang mereka bergelar pemimpin penting dalam UMNO. Pada hemat saya merekapun mengetahuinya dengan cukup jelas sekali akan anggapan atau PERSEPSI tersebut. Soalnya disini MAHUKAN MEREKA MENGUNDUR DIRI DARI KEPIMPINAN DEMI MASA DEPAN UMNO?".......
..."Saya nak dengar berita Tan Sri Isa Samad menarik diri dari bertanding dalam PAU bulan Mac depan ini kerana masalah Rasuah yang pernah dilakukannya"....
...."Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang pada persepsinya terkenal dengan perlakuan rasuah ini".....
Pemimpin-Pemimpin yang berkenaan itu janganlah berdegil kerana ini adalah saranan bakal Presiden UMNO sendiri. Anda hendaklah memainkan peranan yang besar dalam mengembalikan kecemerlangan UMNO dimata orang-orang melayu dan rakyat keseluruhannya.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
Salam,
Harap perubahannya dilakukan dengan segera kerana UMNO sudah tidak cukup masa.
Yang terbaik utk melakukan cleansing besar-besaran di dalam UMNO adalah pada bulan Mac ini.
Masaalahnya ialah apakah semua perwakilan mempunyai kesedaran tinggi utk memilih pemimpin2 yang bersih dan mampu menjenamakan kembali parti UMNO?
Atau, apakah wang habuan masih menjadi agenda utama kepada pemilihan seseorang pemimpin?
Kita tunggu & lihat keputusannya nanti.
Catat Ulasan