SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 18 Januari 2009

SEKARANG SIAPA NAK BANGUNKAN KUALA TERENGGANU?

SATU PERSOALAN....Sekarang siapa nak bangunkan Kuala Terengganu?
Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat?
PAS Kuala Terengganu atau UMNO Kuala Terengganu?
Kementerian Pendidikkan dibawah Kerajaan BN atau dibawah Pakatan Rakyat?
Kementerian dibawah BN atau dibawah Pakatan Rakyat?

Pak Cik, Mak Cik, Abang, adik, Tuan, muda rakyat Kuala Terengganu kena jawab soalan tersebut diatas. Jawapan yang sering kedengaran ialah KERAJAAN BN AKAN TETAP membawa pembangunan ke Kuala Terengganu. Kenapa? Inipun perlukan jawapan ikhlas dan jujur dari setiap warga Kuala Terengganu. JAWAPAN YANG PALING "WORLD" SEKALI IALAH TAK KIRA SIAPA YANG MENANG/KALAH KITA KERAJAAN BN, MESTI WAJIB MEMBAWA PEMBANGUNAN. ITU ADALAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA.

Ini adalah jawapan yang paling tidak popular dan kononnya kurang bijak. AJAR SIKIT MEREKA, JANGAN BAWA PEMBANGUNAN KE KUALA TERENGGANU SEBAGAI SATU PENGAJARAN. KITA DAH PUN MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA PENGUNDI DISANA SECUKUPNYA. NAMUN MEREKA MEMILIH UNTUK MENOLAK PEMBANGUNAN YANG KITA JANJIKAN. UMNO TIDAK BERSALAH. YANG SALAH PENGUNDI.

Suasana masih panas. Penganalisa politik boleh membuat soal-selidik ke Kuala terengganu sekarang dan tanyakan mereka kepada satu soalan, Apakah mereka sedar menggundi PAS itu bermakna menolak usaha UMNO untuk membawa pembangunan ke Kawasan mereka. Membawa kerja kebajikan untuk orang tua mereka, pendidikan mereka, prasarana agama mereka dsbnya mengenai diri mereka?????Kenapa mereka TOLAK. Mungkin mereka tak mahukan pembangunan.

6 ulasan:

perunding berkata...

sori to say.
umno bukan kontraktor.
pas pun bukan kontraktor.

ruling parti kena buat kerja.

u will win again if u learn.


maaf dipinta.perunding

bungaraya berkata...

No need to apologise. It's ok bah.
Saya benar-benar faham dengan tugas dan tanggungjawab itu. Masalahnya adakah itu realiti? Jika ya, kenapa Wakaf Mempelam masih mundur. Berepa ramai golongan tua daif, ibu tunggal dan orang cacat yang mendapat bbantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat disitu? Jangan ilmu saje allright, tapi melaksananya masih dengan dendam kesumat?

JKKK berkata...

Salam Perkenalan Bungaraya,
bagi saya, sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.
1).....Mungkin kita mahu ditunjukkan bahawa ADAKAH KITA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LEPAS? ADAKAH KITA GUNA "SWOT" DARIPADA POSTMORTEM DI PERMATANG PAUH? atau POSTMORTEM HANYA UNTUK DUDUK MENYALAHKAN PIHAK LAIN? Saya percaya sekiranya SWOT yang telah dicapai selepas pilihanraya di Permatang Pauh tempoh hari, pastinya kita tidak akan tersungkur.
2).....Mungkin juga inilah kayu ukur sama ada pihak pembangkang dapat realisasikan janji-janji mereka terhadap rakyat di K.T..
3).....Majoriti 2 ribu lebih dan kekurangan peratus keluar mengundi perlu dibincangkan SEBELUM 17 JANUARI, dengan cara menganalisis pengundi K.T pada Mac lepas. Adakah kita terlalu OVER CONFIDENT sehingga tidak memikirkan apa sebenarnya yang terkandung dalam kotak pemikiran RAKYAT DI AKAR UMBI.

paneh berkata...

sentitif jugak posting ni. jika tiada pembangunan di kt, mesti murka tuanku mizan. benarkah penasihat dymm ydp kebanyakannya orang pas?

Islam Tanpa Sempadan berkata...

Salam.. jikalau hendak mengajar mereka dengan tidak beri pembangunan, mungkin baru mereka akan sedar..

namun, bagaimana pula dengan nasib mereka yang mengundi BN?

kerana lebih 22000 masih mengundi barisan nasional..

jangan kita lupakan mereka..

. berkata...

Tuan,

Tulisan merah tu susah nak baca :)