SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 20 Januari 2009

PASAR BABI TERBUKA AMAT MENJIJIKKAN.

Pagi tadi 21/1/2009 selepas sarapan pagi dirumah, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan. Minta saya segera turun bandar untuk melihat pihak Perbandaran Labuan ( Pihak Berkuasa Tempatan ) mengambil tindakan keatas Peniaga-Peniaga daging babi yang menjual babi dikawasan terbuka di Bandar Labuan. Saya pun kelam kabut turun bandar dan saya terkejut dengan suasana yang terjadi. Ternyata perniagaan pasar babi dikawasan lapang dalam bandar benar-benmar ujud.

Ramai penduduk kaum Cina yang dikepalai oleh pemimpin mereka termasuk pemimpin MCA sedang sibuk menghalang Pihak Perbadanan Labuan agar tidak mengambil sebarang tindakan keatas peniaga babi tersebut. Berpuloh-puloh kakitangan penguatkuasa Perbadanan Labuan telah siap sedia untuk mengambil tindakan, namun hampa kerana "Pihak berwajib" Perbadanan Labuan takut untuk mengambil sebarang tindakan dengan alasan bukan dibawah tanggungjawab mereka. Tanggungjawab siapa?. Sehingga pukul 9.00 pagi peniaga babi tersebut masih meneruskan operasi "pasar babi" tanpa lesen mereka dikawasan lapang tersebut. Polis termasuk "special Branch" juga berkeliaran disitu seperti "hanya bertindak sebagai pemerhati" semata. Tidak ada sebarang penangkapan yang dibuat pihak berkuasa.

Kenapa Pihak Berkuasa Tempatan (PL) tidak mengambil sebarang tindakan drastik?
Bukankah ternyata Peniaga-Peniaga babi tersebut melanggar undang-undang? Ini adalah satu contoh betapa "penakutnya" kita untuk menegakkan undang-undang yang sepatutnya menjadi
"guide-line" dalam sebarang tindakan kita. Ramai orang-orang islam marah dan mula bising tanda protes keatas tabiat dan sikap kaum cina yang tidak peduli akan rasa sensitiviti orang islam.

Saya difahamkan pemimpin kaum cina Labuan telah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan mengenai perkata ini, namun tidak ada sebarang keputusan yang dibuat. Dato Haji Suhaili Abdul Rahman, Pengerusi Perbadanan Labuan, masih tetap dengan keputusannya mengarahkan Peniaga babi tersebut berpindah ke Pasar Baru di Kampong Sungai Keling untuk berniaga babi. Wakil Rakyar Labuan, Yb Datuk Haji Yussuf Haji Mahal juga difahamkan telah mula bertindak dan membawa perkara ini untuk pengetahuan "pihak atasan". Namun Peniaga Babi tetap berkeras dan menjalankan operasi perniagaan mereka di kawasan awam yang amat menjijikkan orang islam yang saban waktu juga menggunakan tempatn tersebut.

Saya amat khuatir masyarakat islam akan marah dan mula juga menjalankan perniagaan dikawasan yang terlarang tanpa berlesen sebagai tanda bantahan. Pihak PL akan menghadapi masalah kerana orang islam akan bertanya kenapa mereka tidak boleh berbuat demikian sedangkan Cina boleh berjual babi sesuka hati dimana jua tempat yang mereka suka.

Atau ini adalah sebagai satu "provokasi" untuk cari gaduh!!!!

2 ulasan:

paneh berkata...

Provokosi dan nahas yg sengaja dicari.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam,

Beginilah jadinya jika orang Islam Labuan tidak lagi sensitif kepada agama.

Mungkin mereka(peniaga Cina) bukan mahu "mencari pasal" tetapi mereka telah fikir orang Islam lebih "terbuka minda".

Lihat saja, siapa pelanggan arak mereka?? Judi???
Tidak perlu dipertikaikan lagi!!! Mereka(peniaga Cina) tidak bersalah sebenarnya kerana tidak "berniat" mengancam Islam.

Kita(Islam) yang terleka!!! Terlupa pada agama!!!! Sedarlah orang Labuan, kos sara hidup memang rendah tapi siapa yang "mengiktiraf" kita??? Tiada!!!

Semua hampir di monopoli. Orang kita hanya menenggek menunggu "emas" pilihanraya mengadu-domba!!!