SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 7 Januari 2009

minda AOTA BERTANYA?

Semalam saya mendapat berita bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan di PRK Kuala Trengganu bahawa, Jika menang dan menjadi Pemerintah, HUKUM HUDUD AKAN DILAKSANAKAN HANYA KEPADA UMAT ISLAM SAHAJA DIMALAYSIA. Ayat saya ini mungkin tidak sama dengan apa yang dipertuturkan oleh beliau, namun maksudnya 100% betul dan tepat. Bahawasanya masyarakat bukan islam tidak perlu risau, sekalipun Pakatan Rakyat memerintah negara, Hukum Hudud yang akan mereka laksanakan tidak merangkumi masyarakat bukan islam. Ianya dilaksanakan hanya untuk penganut agama islam sahaja.

Saya bukan Ustaz, jauh sekali seperti Ustaz Hadi maupun Musridul Nik Aziz. Saya melayu biasa yang banyak berjalanan diJalan Tungku Abdul Rahman. Namun saya rasa terpanggil juga untuk mengemukakan beberapa pertanyaan dan meminta jawapan segera dari DSAI atau orang-orangnya:-

1. Dari segi KEADILAN, jika seorang isteri orang islam melakukan zina dengan seorang suami bukan islam. Siisteri islam akan dihukum sula, apakan hukuman yang akan dijatuhkan kepada suami bukan islam yang setimpal hukuman sula yang dikenakan kepada isteri seorang islam? Cuma bayar denda RM3,000.00 sahajakah? Adilkah itu? Atau jawapannya, Nantilah kita fikir. Atau telah ditetapkan oleh Allah SWT?. Tolong ajar saya.

2. Jika seorang islam mencuri RM50,000.00. Hukumannya potong tangan kepada orang islam. Apa hukuman yang akan dikenakan kepada bukan islam yang mencuri RM50,000.00?
Penjara 5 tahun? Tentu telah ditetapkan oleh Allah SWT?

3. Hukuman zina bagi orang bujang islam ialah 100 kali rotan. Apa hukuman bagi bujang bukan islam?. RM500.00?

Lebih-lebih lagi hukuman yang bersandarkan Quran dan Hadith, Tahap KEADILANnya mestilah sangat tinggi sekali sehingga langsung tidak ada manusia boleh mempertikaikannya.
Jika Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia, perkara ini mestilah dipandang dengan serius
oleh Pakatan Rakyat. Bukan main-main dan ada lagi tempuh percubaan. Pelaksana Hukum Hudud mesti pula orang yang benar-benar mahir dan lari dari segala sikap dan sifat yang hina seperti berdendam, minum arak, berjuadi, menyeludup dan sebagainya.

SAYA TIDAK YAKIN ORANG BUKAN ISLAM AKAN HANYA MENERIMA HUKUMAN RINGAN DAN TIDAK SETIMPAL DENGAN HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEPADA ORANG ISLAM. Dsai jangan bermain dengan kata-kata sehingga orang bukan islam tertipu. ..."Jika orang bujang islam kena rotan 100 kali sebagai hukuman melakukan zina. Pasangannya yang bukan islam tentunya akan kena hukuman yang relatifnya sama spt 100 kali rotan juga. Mungkin dalam bentuk yang lain. Barang kali 'ditumbuk dimuka 100 kali?'

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Doa untuk Iraq
Saudara kita yang seagama di IRAQ diambang kemusnahan dalam semua aspek kehidupan. Kita tidak boleh menahan atau membendung rasukan perasaan yang telah hilang pedomannya sebagai manusia berfikir saperti biasa. Kita tidak mempunyai kekuatan fizikal atau sebarang kecanggihan untuk menghalangnya dari kemusnahan. Sebagai umat Islam, berpegang teguh kepada rukun Islam dan Iman, kita ada Allah Taala. Sebagai berpegang teguh kepada rukun Iman, khususnya pada ketika ini, percayalah akan Rukun Iman Yang Pertama;

Percayakan Allah
Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil(Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka bumiMU. "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."

semut berkata...

Mohon saudara yang bertanya, rajinlah ke majlis majlis agama bergitu juga membaca buku buku, jika tidak berpeganglah kita pada alim ulama' yang ada.

Jika kita mahukan pandai seperti alim ulama' yang ada, makan masa lagi, lagi pun kita sudah dididik sebgeini dan selewat ini kita ingin bertanya itu dan ini.

Yakin pada hukum Islam dan undang undang Islam, Yakin ini sebahagian dari kekuatan Iman kita, yakni kita percaya ada kekuasaan Allah.

Saya mahu melemahkan soalan saudara, jika soalan itu sebagai soalan murid kepada guru, elok gurulah yang menjawab, jika soalan itu soalan politik orang politiklah kena jawab, tapi mungkin tidak kena, jika kita tidak tahu , tanyalah pada yang tahu.

perunding berkata...

tumbuk muka dia .best jugak.

do you belive in miracle?

orang putih suka tanya gitu.

saya yakin Allah bagi jalan keluar yg tak terduga dek akal,bila kita bersungguh dan bertawakkal melakukan apa yg dikehendaki Allah.