SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 12 Februari 2009

KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT DILIMA NEGERI TIDAKLAH SEHEBAT MANA MALAH LEBIH TERUK.

Sejak bertahun-tahun, protes demi protes, Demonstrasi demi demonstrasi, kritik demi kritik dan kemarahan demi kemarahan rakyat merhein dikatakan sangat membara kepada Kerajaan BN yang tengah memerintah negara. Tentu sekalilah punca protes, demonstrasi, kritikan dan kemarahan ini adalah timbul dari rasa tidak puas hati diatas ketidakadilan, kerakusan kuasa dan penyelewengan kerajaan BN dalam masa menjalankan pemerintahannya. Setakat ini kemuncak kepada semua suasana tersebut ialah kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, yakni Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang. Baru-baru ini Perak kembali kepangkuan BN. Syukur alhamdulillah.

Namun sungguh malang sekali.
Penampilan Pakatan Rakyat selaku pemerintah di ke lima negeri tersebut tidak seperti yang penyokong Pakatan Rakyat harap-harapkan. Pakatan Rakyat lebih rakus dari kerajaan BN. Pakatan Rakyat tidak bertindak "canggih" memimpin negeri-negeri dibawah kekuasaannya. Pakatan Rakyat kejam bila bertindak kepada anak-anak kecil di Pusat Tadika. Pakatan Rakyat tidak berlaku adil dan samarata kepada kaum yang berbagai-bagai dibawah pemerintahannya.
Pakatan Rakyat melupakan janji-janji dalam manifestonya semasa pilihanraya umum ke 12 lalu. Pakatan Rakyat tidak mempunyai idea yang kreatif untuk melakukan program pembangunan rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN. Pakatan Rakyat hanyalah seumpama sebuah persatuan yang tidak hala tuju dan fokusyang jitu.

Yang Pakatan Rakyat ada ialah:-
Pemimpin bernama Anwar Ibrahim yang sudah tidak boleh dipakai didalam BN.
Lim Kit Siang yang konsisten dalam mempertahankan perjuangan Malaysian Malaysianya sejak DAP tertubuh dulu. Nik Aziz dan Pak Hadi yang tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan islam didalam parti PASnya.
Kebijaksanaan tokoh-tokoh ini hanyalah dalam mengikat sokongan penyokongnya dengan kuat melalui kata-kata manis tapi sebenarnya apapun tak ada.
Saya dapat melihat kealpaan penyokong Pakatan Rakyat khususnya penyokong PAS yang begitu senang dimangkok ayunkan oleh pemimpin tersebut tadi. Bahkan menjadi taksub dengan janji auta pemimpin mereka. Memilih berkawan dengan DAP dan bermusuh dengan UMNO bukanlah pilihan terbaik kepada penyokong PAS. Tapi kenapa mereka tetap dengan pendirian dangkal sebegitu. Bukankah lebih elok berkawan dengan UMNO daripada berkawan dengan DAP!. Penyokong UMNO bukan tidak menyayangi pemimpin didalam PAS itu. Tetapi jika tidak bersama UMNO didalam satu perjuangan yang sama, maka adalah sukar untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang berkuasa dalam Malaysia ini.

Di Malaysia, kita tidak memerlukan perjuangan hingga darah berlumuran dibadan dan menemui kematian. Di Malaysia, kita maju dan berjaya didunia dan akhirat dengan mudah dan tanpa terpaksa menggunakan peribahasa melayu "berjuang hingga titisan darah yang terakhir". Segala kemudahan jelas ada didepan mata.

1 ulasan:

Azizahns berkata...

kadang-kadang saya jadi bosan, muak dan malas bila menyentuh pasal penyokong pas dan pkr ni.

mereka ini boleh dikatakan bodoh yang tak boleh diajar.