SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 4 Mac 2009

bABA mELAKA cONTOH tERBAIK bAGI kAUM cINA mALAYSIA.

Lantaklah jikalau mereka masih mempertahankan bahasa ibunda mereka. Asal saja mereka tidak membelakangi bahasa Malaysia/Melayu sebagai bahasa pertama dan utama dalam negara ini. Mereka kena faham dan membiasakan diri bercakap dalam bahasa Melayu. Kaum Dusun dan Iban di Sabah dan Sarawak lebih terkemudian berada didalam Malaysia. Namun penggunaan bahasa melayu telah menjadi bahasa penghantar dan bahasa yang digunakan sebagai penghubung antara mereka dinegeri tersebut, dengan baik sekali. Sekarang ini jarang sekali kita berjumpa kaum Dusun, malah iban atau suku kaum lain di Sabah atau Sarawak yang tidak fasih dalam menggunakan bahasa Melayu. Dalam keadaan yang sama, mereka ma
sih juga tidak meninggalkan bahasa ibunda mereka. BOLEHPUN...MALAYSIA BOLEH.
Kenapa kaum cina dan India sungguh liat lidahnya untuk menguasai bahasa tersebut? Masih terdapat ramai kalangan kaum ini yang cakap melayunya songsang terbalik dan tidak mengikuti atur bahasa melayu yang betul. KENA AMBIL MASA LAGIKAH? Kita sudah merdeka selama lebih 50 tahun.

Saya yakin bukan kerana kaum itu bodoh dan kurang bijak. Tapi kerana jiwa mereka menolak untuk menggunakan bahasa tersebut. Pun demikian, sejak kebelakangan ini usaha rancak yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran telah mula kenampakan hasilnya bila mana telah ramai anak-anak muda dati kaum cina dan india yang sangat fasih bercakap dalam bahasa melayu. Ini sangat baik dan semuapun orang Malaysia tahu. Bila kaum cina dan india pandai berbahasa melayu, setidak-tidaknya ia membezakan antara cina dan india Malaysia dengan kaum tersebut yang bukan warga negara ini.

Bercontohlah kepada kaum Baba di Melaka. Apakah hilang ke cina an mereka? Jawapannya jelas tidak.

1 ulasan:

Tai berkata...

Ha encik, depa Baba nyonya ni, melayu memang piao.