SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 5 Mac 2009

PKR SEMAKIN MENJADI-JADI. Harap-harap golongan muda-mudi sedar dan menginsafi.

TERUS SAYA SALIN DARI BLOG GOMO UNTUK MENYEBAR-LUASKAN RAKUS RASUAH PARTI KEADILAN RAKYAT.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto BernamaBUKIT MERTAJAM:
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.
"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.
Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.
Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.
sumber -
Berita Harian

Setakat ini Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Saudara Anwar Ibrahim sangat sibuk dengan propagganda buruk keatas Barisan Nasional. Hatta waima sekecil atom sekalipun, akan mereka cuba kaitkan keburukan itu kepada Barisan Nasional. Jika berlaku rasuah, maka yang menjadi pemainnya sudah tentulah disalahkan pemimpin BN. Jika berlaku maksiat, sudah tentulah mereka akan mengatakan pemimpin BN dan ahli UMNOlah yang melakukan maksiat tersebut.
Jika berlagak sombong, angkuh dan mengada-ngada, pemimpin BN lah yang seperti itu. Dan berbagai-bagai lagi serangan kata nista dan kejian terhadap pemimpin dan ahli serta penyokong BN.

Apa sudah jadi? Sekarang nampaknya tuduhan yang mereka lemparkan terkena batang hidung mereka sendiri. Sejak dua menjak ini, pemimpin PKR dan DAP serta PAS yang banyak membuat kedurjanaan. Berita terbaru dan terkini ialah sepertimana yang saya copy diatas ini dari sahabat saya GOMO. Suasana mainan kerakusan aktiviti rasuah di Selangor dan Perak dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat, memberi gambaran bahawa tindakan mereka itu sangat rakus dan sangat ternyata mereka yang lebih rasuah, lebih maksiat, lebih penyelewengan dari pihak yang mereka tuduh.

Saya minta "rakyat atas pagar" akan boleh memikirkan dengan waras tentang suasana sejak kebelakangan ini. Bukannya kita berusaha untuk mengelak diatas tuduhan dimana ada diantara pemimpin BN yang melakukan rasuah. BN/UMNO tengah berusaha bertngkus lumus untuk mengatasi masalah rasuuah dalam partinya. Tetapi tidak ada sebarang tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat bagi menghalang pemimpinnya dari perbuatan tersebut. Bahkan mereka minta hal seperti ini hanya dibincang diperingkat parti mereka terlebih dahulu. Kenapa? Nak sembunyikan kesalahan?.

1 ulasan:

Sedingin Salju berkata...

Ha awal pagi tadi, TKM1 Penang dah kena soal siasat dengan SPRM dah.