SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 3 Mac 2009

NIZAR ditahan di KAMUNTING? memang eloklah tu.

Demi keselamatan dan keselesaan kehidupan rakyat Perak khasnya, maka jika yang menganggu itu binatang seperti ular yang berbisa, anjing yang gila, Gajah yang liar dan merosak tanaman dan lain-lain lagi, maka saya mencadangkan samada bunuh saja binatang itu, atau ada elok sedikit jika di tangkap dan dihantar kepada Jabatan Mergastua untuk menguruskannya. Jika yang membuat kacau kepada keadaan ketenteraman dan keselamatan awam itu ialah manusia, maka eloklah ia disumbatkan kepada penjara buat seketika sehingga otaknya kembali pulih seperti sedia kala.

Keadaan kacau bilau di Perak ketika ini, sehingga suasana selesa dan nyaman, yang selama ini dinikmati oleh rakyatnya telah hilang dibawa arus kejahatan tanpa kompromi oleh NIZAR dan kawan-kawannya, patut sangat diberhentikan segera. Jika tidak, pada rasa saya tentu akan ada yang hilang jari tangan dan jari kaki, hatta putus telinga kanan atau telinga kiri. Kemahuan Pakatan Rakyat yang tidak dapat dipenuhi menyebabkan mereka bertindak seperti anak kecil yang meminta dibelikan kereta kebal mainan oleh ibunya di Kedai Cina. Meronta-ronta dan meracau cerca sehingga ibunya memenuhi kemahuan dan kehendak hatinya, tanpa penduli dan tidak mengetahui bahawa ibunya cuma ada dua puloh sen sahaja baki, dalam beg yang penuh dengan daki. Apa sudah jadi!!!! NIZAR bertindak seperti budak kecil sejak kebelakangan ini.

Kedegilan yang seperti ini, saya kira rakyat Perak pun telah mula menyampah dan Memang, memang, memang...eloklah beliau di Kamunting kan sehingga "gila kehilangan kuasa" hilang dan reda dari minda beliau.

Simpati? Saya pun simpati. Tapi maklumlah NIZAR sudah tidak dapat dikawal. Kalau beliau diumpamakan babi hutan! dan ditanganku ada senapang! memang kedengaran ketelinga anda bunyi letupan dan kenampakan dimata anda babi hutan itu terbaring mati tergelimpang. Kerana apa?. Kerana habis ubi kayu penduduk kampong ku dia sapu, bersama rakan-rakan.

Siapa lagi yang tersangat berkeinginan nak masuk KAMUNTING, sila mendaftar segera dengan Ketua Polis Negara di Bukit Aman. Bilik kem tersebut sentiasa banyak yang kosong menanti anda.Manalah tahu selepas keluar kelak, anda akan menjadi HERO. Antar kawan-kawan yang menanti anda disana ialah Ketua-Ketua Hindraf yang sangat "sayang" dengan Islam yang selama ini menjadi objektif perjuangan PAS.

7 ulasan:

Johnny Utah berkata...

hahaha...you are so ignorant of the situation

pembela Malaysia berkata...

bodoh punya ulasan..mak ko nak masuk kemunting..

LeeZ berkata...

memang bodoh.. dah bodoh, bebal laks tu... kesian!!!!

bungaraya berkata...

Pembela Malaysia dan LeeZ,
Anda yang sehingga kini masih berjuang atas nama KEADILAN, KEBEBASAN DAN KESAMARATAAN itu tolong nyatakan disini mana satu yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyioooot?.
Jika beginilah persembahan yang ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, baik jangan. Rakyat mengharapkan satu persembahan yang jauh lebih baik drp apa yang BN trampilkan. Ternyata BN jauh lebih baik drp PR.
Sekarang ni penyokong PR dah tak boleh buat apa. Hanya tinggal sekadar mempertahankan sesuatu yang dusah lusuh dan rasa kemaluan yang mendalam. Sorry...

Tinta Rakyat berkata...

Satu lagi produk BN-UMNO yg agak kurang pandai!!!...Dh agak2 tk reti undang2 tu nk berlagak mcm pandai...xpandai buat cara xpandai...cube ko mintak nasihat sesiape yg pandai cket drpd ko yg bersikap neutral...pensyarah2 U ke yg pandai tentang undang2...mesti ko tau sape yg patut kene tangkap!!!

bungaraya berkata...

Memang sah NIZAR yang patut kena tangkap. Selain beliau Karpal juga. Mungkin anwar sekali lagi patut kena. Tindakan mereka selama ini telah menjadikan suasana keamanan dan keselamatan serta keselesaan rakyat Semananjung Emas kacau bilai jadinya. Tak kan nak tangkap Pak Lah pula. Mungkin agaknya TINTA RAKYAT tak tahu maksud ISA diujudkan.
Tangkap sekali ada ISA.

Sedingin Salju berkata...

Encik, kat Kemunting tu, depa bagi makan nasi dan ayaq sajakah? Aiyo, kalau kari kepala ikan tu, ok jugak.