Apakah PATUT?
Apakah layak manusia bergelar Karpal Singh meluahkan perkataan Celaka kepada Pemuda UMNO?
Cubalah kita fikir sejenak secara rasional dan bukan dengan rasa emosi ekstrim.
Karpal seorang Ahli Parlimen yang sangat veteran,
Karpal juga seorang Peguam yang sangat berpengalaman dan matang,
Beliau juga seorang ayah yang boleh kata berjaya
Mempunyai seorang anak yang juga merupakan seorang Ali Parlimen yang cergas,
Beliau berjawatan Pengerusi kepada sebuah parti yang bukan perkauman tapi perkauman.
Sebuah parti yang sangat jelas anti-melayunya. Ini kita boleh nampak dengan kesungguhannya mencelakakan pemuda UMNO sebagai "pembayang" matlamat kebencian kepada melayu termasuk yang berada dalam PKR dan PAS.
Karpal sepatutnya jika bersuara, suaranya penuh dengan diplomasi.
Karpal sepatutnya sentiasa berwajah senyum dan buangkan wajah "jaga Bank" itu, kerana beliau seorang pemimpin politik.
Takkan Karpal mengikut nasihat Datuk Shahnon Ahmad dalam hal mencarut?
Suatu ketika dulu kembali aku teringat,
Pak Hadi dalam isu mengkafirkan UMNO.
Patutkah?
Layakkah ia diluahkan oleh seorang spt beliau?
Bukankah sekarang tindakan PAS berbaik dengan musuh islam ( DAP ) lebih dahsyat dari UMNO? MCA bukan musuh UMNO, sejak merdeka mereka duduk bersama memajukan semua bangsa dalam Malaysia. Pada ketika sama PAS dan DAP sentiasa menjadi duri luar daging yang dari masa kesemasa menghentam dan merosak suasana pembangunan fikiran bangsa Malaysia.
Apakah Anwar Ibrahim tak pernah walau sekali bermuhasabah diri?
Berfikir sejenak bahawa rupanya tindakannya adalah merosak bangsa?
Menghancurkan perjuangan bangsanya yang meninginkan sama maju seperti bangsa lain dalam dunia!!!
Anwar Ibrahim sangat gila matlamat peribadi. Walau celaka kepada bangsa, kepada Anwar menjadi tidak mengapa. Kenapa??????
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan