Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Selasa, 17 Mac 2009
NAJIB mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN!!!!!!!!!!
Sehingga saat ini Datuk Seri bakal Perdana Menteri kita masih dengan langkah kebiasaan sehariannya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemimpin negara. Belum ada sebarang tanda-tanda yang boleh dianggap sebagai "wow factor" yang boleh memukau sehingga rakyat "jatuh-hati" dengan tindakan beliau. Walaupun secara umumnya rakyat mengakui akan kehebatan beliau. Beliau memiliki pengalaman yang sangat luas dalam kepimpinan negara. Najib sentiasa memperlihatkan keberkesanan dalam pemimpin setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selaku Ketua Pemuda UMNO dulupun, Pergerakan itu jelas bergerak mantap dan hebat dibawah kepimpinannya. Dan yang pasti, beliau sangat berani mengambil tindakan yang pada pandangannya membawa manafaat kepada rakyat jelata. Sesiapapun tidak dapat menafikan, bahawa FELDA selepas ayahndanya, ketika Najiblah badan gergasi tersebut menampakkan sinar harapan kepada seluruh peneroka.
Namun selaku bakal Perdana Menteri Malaysia ke enam, rakyat sebenarnya memerlukan seorang Perdana menteri yang HEBAT. Datuk Seri Najib mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN tersebut pada kaca mata rakyat berjumlah 27 juta ini. Pada masa kini yang paling penting rasa saya, UMNO dan kepimpinan kerajaan Malaysia dapat diterima dengan rasa bangga oleh rakyat Malaysia dan DUNIA seluruhnya. Bukan sekadar ahli UMNO sahaja, malah semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Najib kenalah meneruskan kehebatan Tun Dr Mahathir diperingkat bukan saja dalam negara, malah peringkat antarabangsa. Bahkan Najib perlu melebihi kehebatan Tun Dr Mahathir.
Di peringkat dalam negara, semua golongan sepatutnya akan mengkagumi beliau. Belia dan gulungan muda-mudi akan kagum dengan beliau. Begitu juga dengan kaum wanita, kaum agama, kaum pendidik, kaum nelayan, kaum petani, kaum-kaum-kaum-kaum-kaum lagi. Saya penuh keyakinan, Datuk Seri Najib memiliki kemampuan tersebut. Kita tunggu dan lihat.
Saya ingin melihat Najib berhasil menyatukan umat islam/melayu diMalaysia ini hanya didalam satu parti. Mungkin nama UMNO dan PAS tidak lagi relevan bagi penyatuan tersebut. Mungkin PUIM ( Parti Umat Islam Malaysia ). Dalam keadaan yang sama, kaum lain juga meras selesa, selamat dan diperlakukan dengan adil dan saksama. Datuk Seri Najib MESTI membuat perubahan drastik, bukan sahaja dalam penyatuan melayu, malah dalam rangka besar politik Malaysia secara keseluruhan. Kepada rakyat jelata, kita semua hendaklah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita mulakan pendekatan politik baru Malaysia yang mementingkan kesejagatan dan kesamaan dalam matlamat perjuangan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan jantina. Terlalu banyak "pengorbanan" yang mesti dilakukan dan hanya "wow factor" yang ujud dalam kepimpinan Datuk Seri Najib akan mampu menggerakkan semua matlamat.
Apa transilasi kepada "wow factor". Itu Datuk Seri Najib kenalah cari sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
biar hebat dan berupaya.
biar hebat dan dipercaya.
biar hebat yg menyengat...
Catat Ulasan