SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 15 Mac 2009

Saya dah kata jangan, tapi anda tak reti-reti.

1. Saya dah kata jangan, tapi masih terdapat sebilangan drp anda tak reti-reti.

Bukannya saya seorang yang mengatakan perkataan "jangan" itu, malah bertimbun-timbun orang dah meluahkannya. Dalam blog, dalam akhbar biasa, dalam Tv dalam Radio dan dalam banyak ucapan pada setiap program perjumpaan rakyat yang dibuat oleh badan kerajaan ataupun badan ngo's. Namun sehingga kini masih juga tak serik dan tetap berterusan dengan perangai yang satu itu.


2. Tahukah anda bahawa kesannya sangat pedih terutamanya kepada bangsa, agama dan negara anda!!!!. Tahukah anda jika tabiat tersebut tidak dihakis dari diri anda, ia akan menjahanamkan bukan sahaja UMNO, malah seluruh negara suatu masa nanti!!!.



3. RASUAH ADALAH PENYAKIT MANUSIA SEJAK ZAMAN DAHULU KALA. Memang telah terbukti perbuatan rasuah akan menjahanamkan tamaddun sesuatu bangsa. Dalam konteks Malaysia, bangsa melayu akan berkubur suatu ketika nanti jika rasuah menjadi tabiat kaum bangsa tersebut. Saya terus terang, dewasa ini perbuatan rasuah seperti amat susah untuk dihapuskan. Sakit leher pemimpin dari berbagai penjuru masyarakat telah memberikan ingatan agar larikan diri kita dari penyakit tersebut. Namun yang jelas ianya masih dipraktikkan oleh sebahagian individu bergelar VIP dan VVVVIP samada pemain politik maupun kakitangan kerajaan dan swasta.


4. Pemimpin utama UMNO perlulah menangani perlakuan rasuah dikalangan pemimpinnya dan ahlinya dengan "political will" yang sangat bersungguh-sungguh. Jangan sekadar melepaskan "batuk ditangga" sahaja. Saya sokong kuat saranan yang diutarakan oleh Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa hari lalu. Dimana beliau menyarankan kepada Datuk Seri Najib, agar melantik pemimpin yang tidak pada dipersepsikan melakukan kerja terkutuk itu.


5. Bukan sahaja saranan ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, malah kepada semua pemimpin utama UMNO, agar jangan memilih kepimpinan diperingkat Bahagian, Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang "gila rasuah" ini. Bersama-samalah kita menunjukkan rasa komitmen yang tinggi dalam menghapuskan rasuah.



6. Kita semua kasihan dengan Azalina, kita juga simpati dengan Norza. Begitu juga dengan Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Jasa mereka kepada pembangunan umat di Malaysia, juga tidak dapat dinafikan ada, namun peribadi mereka telah terconteng arang dengan tindak laku rasuah yang bermain disekitar mereka. Terlalu dekat sehingga menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat jelata. Ini harus diambil perkiraan oleh Perdana Menteri baru jika hendak membuat perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan kelak.


7. Niat kita cuma satu yakni, hendak menjadikan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti tinggi dan benar-benar prihatin kepada permasalahan dan pembangunan rakyat terbanyak. Sokongan yang akan diberikan oleh rakyat, bukanlah sokongan yang dipaksa melalui kempen ketika pilihanraya semata, tetapi adalah kerana rakyat sebenar-benarnya sedar dan tahu bahawa kerajaan yang mereka sokong adalah sebuah kerajaan yang benar-benar baik dan beramanah serta memiliki integriti yang tinggi. Bukan kerajaan yang pada persepsi mereka kemaruk kuasa, lupa tanggungjawab dan hanya mementingkan periuk nasi masing-masing.

2 ulasan:

ONE berkata...

sape amek rasuah, anak haram..x kira lah parti mana pon

Z-MAY berkata...

rasuah tak bermaruah
amalan si bedebah...