Cuba anda jelaskan satu persatu apa yang akan diubah dalam parti UMNO?
Dalam seminggu dua ini jika ada program HUJAH dan DIALOG dalam TV, akan terdapat soalan ini yang dikemukana oleh moderator kepada VIP jemputan. Namun belum terdengar oleh saya jawapan secara keseluruhan dan secara tepat apa sebenarnya yang akan diubah dalam UMNO itu? Kita juga kena tahu KENAPA ianya harus diubah? Bagaimana perubahan itu dilakukan dan siapa yang melaksanakan perubahan tersebut?
Yang dapat dipetik dan dikutip dari jawapan yang diberikan oleh pemimpin UMNO, perubahan tersebut adalah seperti berikut:-
1. Hendaklah ada penstrukturan semula kepada organisasi UMNO itu sendiri. Mungkinkah Naib Presiden akan dikurangkan menjadi 2 atau sebaliknya ditambah kepada 5 orang, itu semua kita kena tunggu. Atau mungkin keahlian dibuka juga kepada non-bumiputera yang beragama islam.
Atau Persidangan Agung Tahunan akan hanya dibuat 5 tahun sekali atau 6 bulan sekali, jawapannya masih menjadi misteri. Apa sebenarnya yang harus dibuat perubahan dalam struktur UMNO, mungkin selepas bulan Mac ini kita akan diberitahu oleh Pak Najib atau Pak Zahid.
2. Dalam mengundi pemimpin UMNO, seluruh ahli akan diberikan tanggungjawab. Tidak lagi seperti sekarang dimana hanya seramai 2,500 orang lebih diberikan tanggungjawab tersebut.
3. Kursus-kursus Integriti dan Etika kepartaian akan kerap dijalankan untuk menanamkan ilmu kepimpinan murni dikalangan pemimpin parti disemua peringkat. Pemimpin sedar perkara ini telah lama dilupakan. Dulu semasa Tun Mahathir menjadi Presiden, kursus sebegini kerap dijalankan. Akupun tak tahu kenapa Pak Lah tidak menggerakan seksyen ini, sedangkan dimasa beliau "modal insan" merupakan agenda utama negara.
Selain daripada tiga perkara diatas, apa lagi yang harus diubah dalam UMNO?
Ada sesiapa diantara anda nak jawab. Cubalah berikan cadangan. Kot-kot boleh di implimentasikan oleh pemimpin UMNO yang akan memenangi pertandingan sedikit masa lagi ini.
Penyokong PAS dan PKR serta non-bumi jika berminat untuk mencadangkan sesuatu yang bernas, anda juga diajak membuat sebarang cadangan kearah perubahan tersebut.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
1 ulasan:
Salam tuan,
Sememangnya pemimpin Umno perlu dihantar kursus semula sepertimana zaman Che Det dahulu. Semua kakitangan awam juga wajar diwajibkan sekali berkursus dan bukan sekadar mereka yang hanya ingin membuat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat. Kakitangan awam adalah cermin kpd pemimpin dan pemimpin perlu faham agenda sebenar perjuangan Umno.
Catat Ulasan