Di seluruh Semenanjung, berapa kawasan parlimen? 165 buahkah!
Dari jumlah tersebut berapa kawasan majoriti melayu? 85 buahkah!
Ertinya hampir separuh kawasan bukan kawasan yang melayu menjadi penduduk yang majoriti. Ertinya tidak mustahil akan kecundang calun melayu itu ketika pilihanraya. Ditambah lagi jika berpecah kepada dua atau tiga atau empat.
Ertinya jika berlaku perpecahan melayu itu, maka kekalahannya tidaklah mustahil akan berlaku.
Apa ertinya jika melayu itu kalah dibanyak kawasan pilihanraya?
Tentunya anda boleh menjawab sendiri soalan tersebut diatas.
Tak apakah? Itu jawapan anda?
Sekali lagi jawapan bodoh aku dengari!!!!
Daripada 165 kawasan di Semenanjung itu, terdapat 80 kawasan yang lebih kurang sama anatara kaum Cina + India dengan Melayu.
Bagaimana jikalau Cina + India mengundi parti DAP dan PKR semasa pilihanraya?
Nampaknya sekarang ni macam tu trendnya.
Maka jawabnya 80 DAP dan PKR yang punya.
Mungkin DAP + PKR akan kalah sedikit. Tapi UMNO juga akan kalah bukan sedikit jika melayu berpecah belah.
MCA dan MIC serta GERAKAN dan PPP nak sangat kurang taring nya ketika ini.
Parti-parti itu hanya tahu menyalahkan UMNO sahaja.
Konon UMNOlah yang menyebabkan mereka tak laku.
Perangai mereka ini...memang eloklah UMNO dan PAS bersepadu demi survival bangsa ketika ini.
Nak harap Sabah dan Sarawak menolong lagi?
Ybhg John Ghani yang suatu ketika dulu beriya-iya memohon masuk UMNO dotolak berkali-kali.
Kini beliau masuk PKR kerana tak disayangi dan hatinya terguris luka.
Salah siapa?
Bagaimana jika Sabah dan Sarawak menolak permohonan meminta bantuan anda di Semenanjung?
Bagaimana jika semua Wakil Rakyatnya melompat beramai-ramai "seperiok" ke parti Pakatan pembangkang?.
Sabah ada 25 kerusi parlimen.
Sarawak ada 31 kerusi parlimen dan
Labuan ada 1 kerusi parlimen.
56 kerusi adalah satu angka yang cukup untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara.
Saya ingin mengingatkan bahawa apa yang utama kepada rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak ialah pembangunan dan kemajuan negeri mereka. Jika di Semananjung, Pakatan Rakyat mendapat majoriti kerusi di Parlimen, demi untuk pembangunan dan kemajuan negeri tersebut, mustahilkah Wakil Rakyat kedua negeri tersebut melompat "seperiok" kedalam Pakatan Pembangkang dan memberikan peluang kepada Pakatan tersebut memerintah negara ini? Tentu sekali tidak jika syarat yang ditentukan mereka dapat dipenuhi oleh Pakatan pembangkang tersebut. Afterall selama ini isu "dianaktirikan" dalam segala bentuk pentadbiran dan pengurusan negara masih berbunyi dikalangan pentabiran negeri Sabah dan Sarawak itu.
Dengar-dengarnya DSAI berjanji untuk memberikan kerusi Ketua Menteri Sabah untuk kaum dusun dan Sarawak untuk kaum Iban.
Inipun kita kena berhati-hati, kerana ia boleh memcahkan banyak undi untuk BN.
LABUAN walaupun kecil dan hanya satu kerusi parlimen sahaja, tapi kini hati rakyatnya terguris kerana Pengerusi Perbadanan Labuan diambil dari anak-anak Semenanjung dan bukan anak tempatan. Sedang ramai anak tempatan yang berkelayakan. Sebabnya malas nak mencari.
Itu sebablah, bilamana Pak Hadi Awang menyarankan kerajaan Perpaduan, jangan cepat menolak tanpa berfikir ketika sebelum melelapkan mata. Itu sebablah bila PERKASA asyik memberikan kesedaran tentang keperluan kesatuan bangsa, jangan pandang dengan sebelah mata. Itu sebablah jika saya asyik marah dan emosi dalam banyak penulisdan di blog ini jangan di entengkan seenaknya. Bukan maksud kita membenci Cina dan India. Kita hanya percaya negara akan berada dalam keharmonian, jika melayu masih menjadi pemerintah dan berpadu erat. Susah nak cari makan, jika harimau diganggu dari tidornya lena.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
2 ulasan:
Perkataan keramat 'KERAJAAN PERPADUAN' ini sebenarnya sangat2 mengembirakan orang melayu/Islam yang sedar bahawa negara kita ini sudah mula dikuasai oleh kaum kafir.
Sebenarnya orang melayu/Islam tidak pernah berpecah belah. Yang berpecah belah itu cuma fahaman politik nya sahaja. Walaupun ianya dilihat tidak menjejaskan perpaduan melayu/Islam, tetapi ianya sangat merugikan kaum melayu/Islam.
Pejuang,
Kesedaran yang anda tunjukkan ini sangat mahal harganya kepada ketahanan ketuanan bangsa. Namun
dalam negara demokrasi dan apa jua fahaman, mainan politik inilah yang boleh manjahanamkan kesatuan yang teguh sebenarnya diperingkat akar umbi masyarakat. Hanya satu gua gelintir manusia yang bergaduh sakan diatas, semua kumpulan bangsa akan tersungkur menyembah bumi. Kaum lain berpadu erat dari atas hingga ke bawah. Bagaimana kita nak mengharapkan perpaduan erat diperingkat akar umbi, sedang diperingkat cerdik pandai dan kepimpinan diatas seperti anjing dengan kucing?
Catat Ulasan