SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 31 Januari 2010

Silapkah AKU?????????

Tiba-tiba beberapa orang datang kepejabatku...dan meminta agar aku sanggup dicadangkan sebagai calun BN pada tahun depan ini. Aku terkejut kerana selama ini langsung tidak terlintas dibenakku untuk menjadi seorang Wakil Rakyat. Samada sebagai Wakil Rakyat mewakil BN, apatah lagi mewakil PAS maupun PKR. Terus terang aku katakan aku terkejut berok dengan permintaan bebera orang pemimpion datri UMNO Bahagianku.

Dulu, semasa UMNO mula ditubuhkan di kawasanku memang aku sebagai salah seorang pengasasnya. Seramai Lapan orang kami telah bekerja keras sehingga UMNO dapat ditubuhkan dengan bantuan UMNO Wilayah Persekutuan. Antara pemimpin hebat Labuan yang bertindak sebagai Pengasas keujudan parti UMNO disana ialah Ybhg Datuk Haji Isli Haji Siput, Ybhg Allahyarham Datuk Seri Mohd Omar Bledram, Ybhg Datuk Haji Yussof Hajo Mohammad, Ybhg Dato Haji Suhaili Abdul Rahman dan Saudara Iraman Haji Karim serta beberapa orang lagi.

Dulu aku pernah bertanding selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan menentang Saudara Iraman Haji Karim. Aku kalah teruk dengan hanya mendapat undi sebanyak 20 lebih undi sahaja, manakala Saudara Iraman Haji Karim memperolehi 60 lebih undi. Sejak drp hari aku menerima kekalahan itu, aku menyepi diri dari arena politik dan bergiat aktif dalam bidang ekonomi. Itupun diluar Wilayah kesayanganku. Aku berada di Ibu Kota Kuala Lumpur dan di Ibu Negeri Sabah di Bawah Bayu. Sehinggalah aku menjadi seorang millioner dan sangat berjaya didalam bidang perniagaan. Bolehlah dikatakan aku salah seorang Peniaga Bumiputera yang berjaya menjadi seorang millioner. Aku kaya dan hartaku jika di"pelihara' dengan baik, 7 keturunanpun belum tentu habis dimakan. Begitulah aku telah menjadi kaya raya dengan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepadaku jua.

Tiba-tiba aku diminta untuk bergiat semula dalam lapangan politik, yang sebenarnya telah lama aku tinggalkan. Pendek cerita, akhirnya aku menerima permintaan tersebut dengan hati, pada mulanya berbelah bagi. Namun akhirnya hatiku nekad untuk mencuba bersungguh-sungguh. At last aku berjaya menjadi seorang Wakil Rakyat. Aku kaya dan aku sebagai Wakil Rakyat. Aku menjadi seorang Wakil Rakyat yang kaya raya. Kekayaanku bukan ku miliki dengan menggunakan title-ku sebagai Wakil Rakyat. Aku memang sudah kaya rayapun sebelum lagi aku terpilih sebagai Wakil Raykat. Fahamkan?????

Kerana aku adalah termasuk salah seorang Pengasas UMNO Bahagian ku, dari tiada kepada ada, Dari tidak ujud kepada ujud, tentu sekali aku memiliki ramai kawan dan taulan yang masih sayang kepadaku. Termasuklah sekali pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan UMNO.
Akhirnya mereka ini menjadi orang-orang kananku yang ku jadikan pengharapan jika aku ingin berkuasa diperingkat UMNO Bahagian. Dengan kekayaan ku yang sedia ada, aku gunakan untuk menambahkuatkan pengaruhku kepada mereka semua. Ketua Bahagian yang sedia ada jatuh tersungkur bilamana semua AJKnya berpaling tadah dan mula memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada ku selaku Ketua UMNO Bahagian. Segala kebajikan Ketua UMNO Cawangan ku tanggung beres. Mereka tidak lagi menanggung masalah peribadi dari segi minum makan dan segalanya. Bahkan ramai antara mereka akhirnya berjaya dalam perniagaan dan memiliki harta yang banyak. Kadang-kadang aku membawa mereka melancung ke Indonesia atau sebilangan yang besar pangkatnya ku bawa hingga ke Australia.

Ada juga pemimpin diperingkat bahagian cuba-cuba untuk melawan aku. Namun mereka tidak berdaya kerana aku memiliki segala. Kuasa dan harta serta pengaruh yang kuat terhadap pemimpin akar umbi.

Kini aku bukan lagi seorang Wakil Rakyat. Bukan kerana aku kalah diBahagian. Bukan kerana aku kalah ketika pilihanraya Umum. Bukan kerana akar umbi menolak kehebatan ku. Rakyat ternyata sayang kepadaku. Aku sebenarnya tidak lagi dipilih oleh peringkat atas. Aku sebenarnya diminta berhenti menjadi Wakil Rakyat dengan cara terhormat. Sorry...aku tidak pernah kalah dalam politik, kecucli sekali apabila Saudara Iraman mengalahkan aku dalam pertndingan merbut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Sekarang Iraman telahpun berusia 50an dan bukan Ketua Pemuda UMNO Lagi dan bukan seorang yang kaya harta lagi.
Namun yang jelas, Iraman masih tetap dengan perjuangannya menegakkan kekuasaan melayu dalam Malaysia. Yang itu, Iraman sanggup bermandi darah.

Tiada ulasan: