SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 3 Februari 2010

Gara-Gara Dato' Nasir berkata BENAR!!!!.

Aku lantas termenung apabila mendengar berita Dato Nasir Safar berhenti dari jawatan Pembantu Khas PM. Semua ini gara-gara ceramah yang dibuatnya kononnya berbau berkauman dan sangat bertentangan dengan semangat 1MALAYSIA. Aku rujuk sana, aku rujuk sini, aku dengar sana dan aku dengar sini dan akhirnya aku mendapat fakta bahawa semua yang marah dekat Dato Nasir bukannya dari kalangan orang-orang melayu. Pemimpin GERAKAN, pemimpin DAP, MCA, MIC,,,semuanya marah dari mereka itu adalah dari kaum Cina dan India.
Mereka marah bila Dato' Melayu itu bercakap mengenai realiti dan hakikat sebenar yang berlaku dalam negara ini. Tetapi realiti dan hakikat itu sangat sensitif bagi mereka. Mungkin jauh lebih sentsitif dari penggunaan kalimah Allah oleh agama lain agaknya. Saya rasa sangat layak warganegara yang memperjuangan penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian itu dilucutkan kewarganegaraannya. Untuk mengimbangi keputusan yang dibuat kepada Dato' Nasir tadi.

Sebagai seorang ahli UMNO dan sangat setia kepada pucuk pimpinan, aku menghormat keptusan Dato Nasir berhenti dari jawatannya. Namun aku ingin menyatakan bahawa sekarang ini suasana sangat perit kepada pejuang-pejuang melayu dan bumiputera dalam negara ini. Kenapa? Sila baca dibawah ini....

.....Macamana aku boleh takut nak berkata-kata dan menulis walau hanya satu ayat?????

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah pasal...1Malaysia telah menjerat Najib dan Umno sehingga terpaksa menafikan fakta sejarah, tapi takpe, orang Melayu hatinya lembut dan juga mudah lupa.yang penting undi pengundi bukan Melayu akan semakin bertambah dan Umno terus berkuasa, persetankan hak-hak pribumi.