SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 2 Februari 2010

"SUSUT PIDATO" DAN PERUBAHAN SIKAP MAHASISWA.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana usaha bersama antara Pemimpin Mahasiswa, Pensyarah dan Pemimpin Bangsa telah menimbulkan suasana yang positif dikalangan student universiti dalam negara. Perkembangan terakhir ini sangat menggalakkan dimana jumlah peratusan yang membezakan antara mahasiswa anti-establisment dengan mahasiswa yang mula menyayangi semula Kerajaan pemerintah semakin bertambah mengecil.
Selain drp memberikan mereka ruang seluasnya dilapangan 'sudut pidato', soal kebajikan mahasiswa dewasa ini sentiasa mendapat perhatian pihak pemerintah.
Bunyinya pinjaman PTPTN akan diubah kembali kepada konsep biasiswa tidak berapa lama lagi setelah ekonomi negara pulih sepenuhnya. Tentunya sebelum menjelang pru ke13 kelak. Bagaimanpun anak-anak yang dilahirkan kaya raya mungkin tidak akan berkesempatan merebut peluang tersebut. Namun dasar pinjaman PTPTN masih boleh mereka perolehi. Tetapi anak para Penoreh Getah, anak Nelayan dan Penarik Beca serta yang seumpamanya dengannya, jika kelayakan akedemik memberansangkan, tentu sekali akan mendapat peluang yang sangat luas. Tidak kira hatta bapak mereka selama ini membenci atau mengherdik perjuangan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNOOOOOOO.

Usaha kerajaan BN jelas sekali, berjuang untuk meninggikan taraf pengetahuan rakyat bersesuaian dengan perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Sekalipun selama ini mereka diherdik oleh anak-anak yang bergelar mahasiswa itu, namun sebagai ibu dan ayah sedarah dan sedaging, kerajaan UMNO tetap menyayangi mereka dan akan tetap sehingga hari kiamat menjaga kebajikan anak-anak generasi muda mereka yang tengah menuntut ilmu di menara gading itu.

Kepada anak-anak mahasiswa, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jangan kita seperti 'anjing menyalak bukit', 'kacang lupakan kulit', 'anak yang tidak mengenang budi ibu dan ayah' kerana itu namanya sikap derhaka dan sangat jauh dari norma kita bersama sejak zaman berzaman.

Tiada ulasan: