SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 21 Januari 2009

RTM semakin HEBAT dan MENYERLAH!!!!

Wednesday, January 21, 2009

RTM semakin hebat !!

Saya masih belum melihat dengan teliti perkembangan terkini RTM yang dikata sudah semakin baik persembahan dan juga semakin jelas perubahan yang dilakukan di bawah Menteri Penerangan yang begitu efisyen, Datuk Shabree Chik.

Beliau yang pernah menjadi jaguh kerajaan kerana berani berbahas dengan pemimpin de facto Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas, sehingga mendapat pujian ramai, sekali lagi berjaya mengubah tanggapan bahawa stesen RTM di bahawa seliaan Kementerian Penerangannya, tidak berdaya maju dan sering menjadi bahan ketawa orang.

Kesungguhan mengubah tanggapan tersebut telah disaksikan sendiri oleh saya yang sedang menaip artikel ini sambil melihat warta jam 9 edisi terkini yang disifatkan oleh sesetengah pengkritik sebagai tidak patriotik kerana waktu siarannya selepas warta Mandarin..

Ramai juga mengkritik perubahan tersebut dan saya memilih berdiam diri ketika meneliti komen mereka kerana tidak lagi melihat dengan tepat apa sebenarnya yang telah diubah dan ditukar oleh RTM sehinggalah saat saat ini.

Akhirnya…..

Wow !!!

Itulah perkataan yang dapat saya tulis di sini bagi menggambarkan bagaimana reaksi spontan saya melihat paparan berita yang semakin sofistikated dan canggih dengan kemudahan bahasa isyarat yang menjadi ‘trade mark’ ulung RTM sejak sekian lama.

Ia begitu unik dan tidak dapat ditandingi walau oleh stesen swasta seperti TV3.

Mereka yang mengkritik sebenarnya tidak merasa perasaan tok tok lebai atau jemaah masjid atau pekerja swasta yang biasanya lewat sampai di rumah. Mereka juga dahagakan informasi terkini dan siaran jam 9 ini sangat tepat pada waktunya.

Golongan ini akan dapat mengikuti segala maklumat dan hebahan kerajaan menerusi siaran berita dan ia sangat bertepatan dengan tugas RTM sebagai media perantara antara rakyat dan kerajaan. Tidak mustahil jurang perbezaan pendapat antara kerajaan dan rakyat dapat didekatkan dengan usaha mengubah waktu siaran berita RTM 1 ini…

Apa guna berita disajikan sedangkan rakyat tidak sepenuhnya melihat kandungan berita tersebut ekoran saingan hebat di stesen tv yang lain ? Mungkin ia antara punca ramai rakyat negara kita kurang memahami isu isu semasa atau isu lapuk yang menggangu sokongan mereka kepada kerajaan kita.

Saya sendiri sekarang ini mendapat peluang seimbang samada untuk menonton berita di TV3 atau menonton kandungan berita di RTM1 selepas penetapan waktu baru siaran berita tersebut. Sebelum ini saya lebih memilih untuk melihat TV3 memandangkan mereka lebih ke hadapan dan menarik dari aspek penyampaian berita. Apatah lagi kedua stesen tersebut bersiaran serentak pada waktu yang sama.

Kini saya sudah tidak lagi tersepit di antara kehendak menonton berita gaya swasta dan menonton ulasan berita gaya kerajaan kerana kedua dua mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing.. Rakyat lain tentu merasa dengan perasaan yang sama kerana mereka juga tentu tidak lagi serba salah antara memilih stesen kerajaan atau stesen swasta.

Syabas kepada Datuk Shabery Chik yang sentiasa 'berani berubah' dan bagi saya, beliau patut diteruskan menjadi Menteri Penerangan pada kabinet baru PM ke 6 walaupun ‘nakhoda’ kapal akan bertukar dan hala pelayaran mungkin tidak sama dengan arah tuju kapal sekarang Mac hadapan.

Orang yang pandai berkhidmat ( YB : Yang Berkhidmat ) patut disokong oleh rakyat !!!

Salam dan jumpa lagi.

Blog Menteri Penerangan boleh dilayari di sini :
http://notashabery.com/shabery/?p=160
Tambahan : Evolusi logo logo RTM dari dulu hingga sekarang..



5 ulasan:

JKKK berkata...

Salam Muhibah Bungaraya..
Tidak dapat dinafikan RTM bukan saja banyak pembaharuan dari segi penyampaian dan persembahan, malah juga dari segi pengisian dan kualiti sebagai media penerangan. RTM tetap unggul.

bungaraya berkata...

Okey tu. Rupa-rupanya anda orang kitani. Asalaimualaikum. Apa nama blog kitani?

JKKK berkata...

awu orang kitani.

blog kami www.jkkkmanikar.blogspot.com

silalah layari.

takidumsinis berkata...

Baru sebentar tadi saya tengok Bernama TV Channel P502 menyiarkan berita tunjuk perasan 'polis dahagakan darah India' dan 'Polis berlesen untuk membunuh'siap dengan poster dan gambar mayat (mungkin mayat S. Kugen lah tu). Tapi bila saya buka channel TV3(sehingga jam 8 pagi)atau channel yang sewaktu dengannya, tiada pun berita tersebut disiarkan. Ini bermakna berita@BRTV Channel P502 lah yang semakin hebah dan menyerlah!

Sesuai dengan slogannya, BARU (berita yang inda bangas) dan BENAR (caita yang banar-banar bah)!

Melihat Kesunyataan berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah kepada RTM kerana membuat beberapa perubahan yang menarik. Tapi macam ada sedikit kekurangan.Misalnya pada hari Tahun Baru Cina yang lalu,
bila hari cuti begini ingin juga saya menonton tv. Maklumlah hari cuti. Jam 9.00 pagi. Mula-mula buka tv satu. Ada rancangan HOT @TV 1 yang menggunakan perantaraan pengacara berbahasa Inggeris. Tukar tv 2, ada rancangan berbahasa cina tentang sambutan Tahun Baru Cina. Buka pula tv 3, ada sesame street yang sudah tentu rancangan bahasa Inggeris. Buka pula tv 9, ada rancangan katun, berbahasa Inggeris. Buka pula tv 7, juga rancangan berbahasa Inggeris. Apa lagi bila buka tv 8, juga rancangan berbahasa mandrin. Mana satu rancangan berbahasa Melayu? Kita ni di negara apa?
Kita menelu-elukan setiap perubahan, tapi perkara-perkara begini harus kita fikirkan juga. Kalau ada pelancong datang ke negara kita kebetulan membuka saluran tv kita, mungkin dia berpendapat negara ini bukan negara Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.