Berita TV Kelmarin dan malam tadi, apa saluranpun, YB. Dato' Seri Rais Yatim telah membetulkan dan memberikan kefahaman kepada sesiapa yang masih kurang arif tentang perlembagaan, kedudukan sebenar suasana politik di Perak masa kini. Agak saya kebanyakkan drp kita telah melihat dan mendengar berita dari saluatan TV kelmasin dan malam tadi. Oleh itu semua drp kita harusnya faham apa maksud dari penjelasan yang diberikan oleh YB Dato Seri Rais Yatim tersebut.
Kepada saya YB Sivakumar dan rakan-rakan beliau termasuk sekali YB Nizar sangat bersalah dan membuat kesilapan yang sangat besar dengan melangsungkan persidangan Dewan Undangan Negeri dibawah sepohon pokok. Ramai orang mengatakan mereka bersidang dibawah Pokok Beringin.
Mengikut YB Dato Seri Rais Yatim, Perak, Perlis dan Terengganu, Sultannya mempunyai kuasa yang sangat istimewa dalam perkara perlantikan dan pelucutan jawatan Ketua Menteri negeri masing-masing. Dan apapun keputusan Baginda Sultan yang dibuat dengan budibicara Baginda, tidak dapat lagi dipertikaikan oleh rakyat jelata. Ini membawa makna bahawa bantahan dari sesiapapun jua termasuk si Sivakumar maupun si Nizar itu tidak sah dan terbatal dengan sendirinya. Perkara ini, jika mereka tak tahu, ia membawa erti mereka tersangatlah bebal dan dungu politician. Sebaliknya jika mereka mengetahuinya, ertinya mereka mempunyai agenda yang lain, dimana saya kira tentunya untuk meraih simpati dan perhatian rakyat agar tetap meneruskan sokongan kepada perjuangan mereka.
Dengan mengheboh-hebohkan peristiwa ini, mereka berharap rakyat masih tetap menyokong perjuangan mereka. Sedar tak sedar, kaedah inilah yang DSAI lakukan ketika beliau mengumpul golongan pelajar dalam peristiwa Baling berpuluh tahun lalu. Yakni sekitar tahun 1974. Sekarang peristiwa itu hanya tinggal sejarah, dan semua orang pun tahu, tidak ada seorangpun rakyat Baling yang mati kebuluran pada ketika itu. Begitulah juga suasana di Perak ketika ini. Mereka cuba memutar belitkan fakta dengan mengatakan tindakan mereka betul dan tindakan kerajaan BN itu salah.
Hebat sangatkah si Nizar itu sehingga rakyat berbagai golongan di Perak sanggup bertumpah darah mempertahankannya. Hebat sangatkah Pakatan Rakyat itu, sehingga bermati-matian mempertahankan perjuangannya yang entah mana satu kebenaran yang diperjuangankan? Mana keadilan yang dicanangnya saban waktu? Mana dia kebebasan yang dicanainya pada setiap ketika? Mana dia pembangunan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat di Perak semenjak 11 bulan pemerintahan dibawah Pakatan Rakyat? Yang kenampakkan hanyalah kegelojohan pemimpin untuk mengambil kesempatan ketika berkuasa sahaja. Hatta anak-anak seolak tadika juga telah menjadi mangsa kerakusan dan kemarukkan kuasa mereka. Di Terengganu suatu ketika dulu, semasa dibawah PAS, anak-anak tadika juga menjadi mangsa mereka. Di Pulau Pinang juga dua kali lima. Apa sudah jadi dengan Pakatan Rayioooot!!!!????
Semasa Negara dilanda krisis dan kegawatan ekonomi, akibat melesetnya ekonomi dunia masa kini, baiklah kita membuka minda seluas-luasnya. Di peringkat Ahli YB di Parlimen, sudah sangat menyedari akan perkara ini. Di peringkat negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak juga sangat memakluminya. Mereka tahu bahawa ketika ini, ekonomi negeri mereka mestilah dijaga dan diatur dengan elok. Berbagai inisiatif kerajaan BN negeri telah dirancang dan diprogram demi manafaaf untuk rakyat jelata. Perak juga yang masih sibuk dengan kekecohan dalam politik angkara Pakatan Rakyat.
Suara marah rakyat telah difahami sepenuhnya oleh pemerintah negara, dengan kekalahan banyak negeri, telah menyedarkan pemimpin BN, bahawa itu adalah satu signal yang harus diberikan perhatian segera. Kini pemimpin BN telah mula melakukan banyak pembaikan dimana dirasakan menjadi punca kemarahan tersebut.
Rakyat juga dengan jelasnya tengah melihat dan menyedari akan perubahan-perubahan yang berlaku, yang bukan sahaja dikalangan pemimpin BN, malah juga kakitangan awam yang bekerja-keras bertungkus lumus demi kemajuan negara dan rakyat jelatanya.
Sebenarnya yang cuba diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, telah lama menjadi agenda perjuangan UMNO dan rakan komponennya dalam Barisan Nasional. KITA SANGAT BERSYUKUR DENGAN SIGNAL YANG RAKYAT TUNJUKKAN KETIKA PRU KE 12 LALU.
Namun kita hampa dengan gelagak Sivakumar, Karpal Singh, Nizar, Anwar Ibrahim, Pak Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain yang nampakkannya bukan sekadar singnal yang diberikan, malah juga nak tumbangkan kerajaan BN yang sangat baik dan bijak memerintah itu.
DITAMBAH PULA DENGAN SIKAP DAN PERANGAI YANG DERHAKA KEPADA RAJA, YANG DITUJNJUKKAN OLEH MEREKA.
Sudahlah...rakyat pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
Sedikit masa lagi kita akan terbilang hingga keperingkat dunia.
Biarlah kegemilangan dan keterbilangan itu bukan dalam bentuk yang mengaibkan negara
Tetapi yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan budi pekerti Malaysia
agar ia akan menjadi ikutan masyarakat dunia.
Budaya barat adalah satu budaya yang tidak senonoh.
Demokrasi ala barat tidak secantik demokrasi ala kita yang penuh dengan ketertiban ini.
Jika suatu masa nanti
Hanya Malaysia yang mempunyai Raja,
Kita patut berbangga
kerana itu warisan bangsa Malaysia
Yang mulia dan bermertabat sekalipun dimata dunia.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
5 ulasan:
Chili,
Lu cari la mamat lain punya komen...aku langsung tak percaya mangkuk ini...dia nak cakap pasai LAW? habisla pulau batu hitam hilang nanti..pastu win-win katanya..apa punya bodoh manusia..aku tak peduli fuckatan riot ke atau be end, semua ini boleh datang dan pergi, tapi tanah dan kedaulatan yang kita suruh mamat ini pertahankan, dia gagal...loser...failure....
Ilmu kurang @ bangang, lawan ngan loyer buruk Temasek pun boleh kalah.....
Navy pencen
Salam,
umno,
Pernah dengar kata hikmah ni: "Jangan lihat siapa bicara, tapi dengar apa katanya"??? Fikirkan, maksudnya. Kegagalan Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih, adalah disebabkan banyak dokumen-dokumen sejarah masih tersimpan di muzium Britain.
Tak percaya???? Boleh ditanyakan kepada ahli sejarah (Dr. Ramlah Adam)!!!
Dr. Rais Yatim ni, boleh kira singa jugak. Tapi, singa yang dibenam oleh teman seperjuangannya sendiri.
Siapa masih ingat pidat beliau sewaktu zaman Semangat 46 dulu??? Ahli sejarah pernah mengatakan, "Sesiapa yang melupai sejarah, mereka pasti akan mengulanginya semula"!!!
Sama-sama kita fikirkan.
Cerita pasal perlembagaan di perak oleh rais yatim ni memang bagus dan perlu diedarkan cd kepada semua penduduk di perak dan malaysia kerana ia mempunyai fakta yang tidak diautakan, berkaitan pasa batu hitam/putih ka/batu dua butir ke.. bukan salah rais kerana beliau baru ambil alih kes ni,, yang nak kena dipersalahkan ialah syd botak tu,,,, awas,,,,,
ada orang menyamar umno padahal beliau ialah orang kuat ir nizar dua butir,,, beliau ialah manjungmari..........
tuan blog,
teman harap mike dapat komen bahagian mana perlembagaan perak yg memberikan kuasa pada sultan perak utk memecat atau meminta mb meletak jawatan?
mungkin mike dpt banding dan bezakan kes sultan idris dgn mb ghazali jawi pada tahun 74.
apakah kepakaran rais yatim berbanding prof aziz bari dari uia dlm mentafsir perlembagaan perak dan perseketuan? mungkin mike berminat utk komen.
UMNO, Meet Uncle Shah dan is serta palui bin malou,
Saya tak kisah samada ianya Dato Seri Rais Yatim kah atau sesiapa juapun dikalangan pekimpinan melayu yang berhasil melihat suasana di Perak itu dari kaca mata keprihatinan kesananya kepada perpecahan umat islam/melayu malaysia/Dunia. Pergeseran dikalangan melayu itu sangat dashyat sehingga tidak mengambil kira kepada kebermungkinannya berlaku kehancuran tamaddun bangsa.
Sedangkan sebenarnya hanya untuk mempertahankan sesuatu yang yang KOSONG dan hanya RETORIK sahaja.
Saya sedar mungkin ada sebaik atau hikmath disebaliknya, namun jangan kita fikirkan yang itu dulu. Yang mustahak pada waktu ini penyelesaian kepada apa yang berlaku. Jika dibiarkan boleh jadi merebak seluruh negara dan ketika itu Malaysia serupa Aceh yang dilanggar thsunami baru-baru ini.
Nasi dah menjadi bubur dan tidak lagi guna menyesal dan minta maaf sesama kita. Bangsa yang kita bersuasah payah membinanya, hanya dalam sekelip mata di Perak bermulanya kehancuran akibat pemimpin yang salah perjuangan.
Tidak salah kita berbeza pendapat, tapi untuk kemajuan umat, bukan sebaliknya untuk keruntuhan tamaddun umat.
Catat Ulasan